Selamat Hari Jururawat

السلام عليكم

Menjelang Mei, saya sudah terbayang hari-hari istimewa untuk disambut...Hari kelahiran yang banyak, Hari Ibu, Hari Guru dan hampir saya terlupa, satu lagi ialah Hari Jururawat Sedunia...Thanks MHI kerana mengwar-warkan pagi tadi.
"Bayangkan jururawat-jururawat kita di pendalaman, mereka kena naik bukit, turun bukit, naik perahu, pergi ke pulau-pulau demi untuk bertugas. Saya berpengalaman mengikut anak buah saya di pendalaman. Saya amat takut. Naik bot kecil dengan dalam air nampak buaya. Saya amat takut, tapi saya bayangkan, bagaimana   anak-anak buah saya yang bekerja; bertugas menghantar pesakit (dalam situasi macam itu)"
Itulah cerita lebih kurang dari (kalau tak silap) Pengarah Jururawat...Maaf tak ingat jawatan puan itu tadi.  Tapi, memang best cara dia bercakap. Rasa insaf kejap dengan tanggapan lampau tentang jururawat. Dalam setandan pisang tak semua ok, dan begitu sebaliknya. Pengalaman berada sendiri dalam posisi menjadi pesakit di hospital, senyuman jururawat adalah salah satu penawar yang turut mempercepatkan proses penyembuhan kesihatan ke tahap yang lebih baik.

Pengalaman menjaga suami semasa terlantar sakit juga memberi gambaran susah payahnya tugas seorang jururawat dalam masyarakat kita. Jururawat juga manusia ada hati dan perasaan. Kekadang emosi dan tertekan. Sebagai pihak pesakit dan pihak perawat, kita  mesti sama-sama toleransi dalam menjalin hubungan yang baik. Tanpa mengira pangkat, darjat, agama, bangsa dan usia; tugas yang dijalankan mesti ikhlas dan jujur. 

Kemunculan lebih ramai jururawat lelaki membantu meringankan beban jururawat wanita yang menjaga pesakit lelaki. Bayangkan, untuk mengangkat pesakit lelaki yang berat, memerlukan bilangan jururawat wanita yang lebih dari 3 orang. Kita sebagai ahli masyarakat, harus menyokong dan tidak memandang rendah profesyen yang dipilih oleh kalangan lelaki macho dan maskulin juga. Jangan ingat hanya lelaki lembut atau kurang maskulin sahaja yang layak memohon profesyen yang dimonopoli oleh kaum hawa ini.

Moga profesyen kejururawatan di Malaysia akan terus diangkat ke tahap lebih tinggi. Semoga adikku yang bakal graduate Diploma Kejururawatan tak lama lagi akan terus berusaha menjadi 'misi' yang terbaik dan paling amanah, jujus dan ikhlas. Teruskan belajar sampai degree..master...Moga karier ini menjadi ibadah yang diredhai DIA (ALLAH Taala). Ameen.

MakChu Imah
Mak chu dengan BFF dia....Selamat Hari Jururawat! (pic cilok dari FB Makchu...sorry)

1 comments:

Imah ;D said...

mekasihhhhh :D :D