Feuwwww....

Tarik nafas dalam-dalam........hembus.......

السلام عليكم 


Ingatkan selepas kembali blogging tempoh hari dapatlah menulis setiap hari. Nampaknya ada juga kekangan yang hadir. Janji pada diri sendiri ada disetkan, tapi tak dapat ditepati. Mungkin sekadar alasan menyembunyikan kemalasan atau saya sebenarnya tidak cekap membahagikan masa dengan kerja, rutin harian dan masa utuk blogging. Jika orang lain boleh, kenapa saya tidak boleh?

Pilhanraya sudah berlalu dan sebelumnya pesta buku juga sudah berakhir. Ada beberapa gambar yang ingin saya kongsikan. Kemudian nantilah kot.  Bukan suatu janji tapi saya berharap dapat mengupload untuk dikongsikan bersama. Bagus juga untuk kenang-kenangan di masa akan datang. Bukan apa, ada masanya saya suka baca entri yang lepas untuk menyingkap kembali masa yang dah berlepas pergi. Ada bagaimana?

Dalam pada itu, ada beberapa assignment Luqman yang perlu disiapkan. Suami saya membebel panjang kerana saya sibuk meng'gugel' maklumat dan mengumpul bahan. Dia mahu saya monitor sahaja dan biarkan Luqman siapkan sendiri. Tapi, tak ada nampak 'gaya' yang segalannya akan berjalan lancar ditangan anakku yang banyak kerja sekolah dan free timenya untuk kartun dan game. Puas saya membebel, dia menaiplah barang seperenggan.

Kagum saya dengan kemajuan pendidikan masa sekarang. Teringat saya dulu pertama kali buat assignment ialah untuk projek PMR. Mana tahu, zaman anak saya, darjah 4 sudah kena menaip di komputer untuk assignmentnya. Dalam diam, di belakang suami saya sudah siap kumpulkan kesemua maklumat dan  bahan. Esok nak print dan mulakan projek buku skrap. Aktiviti tampal menampal baru sesuai untuk dia! Tapi, mungkin tangan saya terlebih gatal untuk campur tangan dalam usaha tersebut. Pastinya saya akan pastikan suami tiada di sebelah. Kalau tak, penatlah telinga saya menadah bebelannya. Huuhu..

Sebelum tidur malam ni sama-sama kita menadah tangan mohon ampun dari Allah Taala dan merintih pada-Nya untuk keamanan dan kesejahteraan Malaysia. Jauhi emosional dan elakkan bersikap dan berfikir yang menjurus perkauman. Jaga mulut dan jaga tangan kita. Bye...

0 comments: