Tips mudah bangun tahajjud malam

Salam sejahtera...

Alhamdulillah selesai terawih dan moreh semua ya. Jangan lupa baca doa tidur dan surah 3 Qul sebelum tidur. Moga dipermudahkan Allah bangun sahur awal. Kena yakin, sebab tips ini mujarab bila akak amalkannya. Insha Allah... ada atau tiada alarm clock pun kita mudah je celik mata :)

Bagun awal untuk bertahajjud - solat dua rakaat dan bertadarus barang satu atau dua muka surat. Niat kena ada. Jadi atau tak, kena bermohon banyak-banyak kepada Allah agar rasa malas tu dihilangkan dari kita. 

Bangun pukul 4 atau 5 pagi pun ok dah. Solat dan mengaji kejap aje, kan? Selepas tu, Insha Allah sempatnya makan sahur. Lagipun melambat-lambatkan sahur itu sunat. Melainkan jika nak kejut anak-anak kecil bangun sahur mungkin makan masa sedikit. Teringat zaman akak kecik dahulu. Payahnya nak mengejut anak sendiri, begitu jugalah emak dahulu mengejutkan diri ini. Tersentak sekejap bila terkenang zaman silam. Insaf. Besarnya kasih sayang emak...

Selamat malam, selamat beradu.

Hasil carian imej untuk sleeping cartoon animated

Ameng dan isteri - sejiwa, romantis

Lirik lagu: Sejiwa - Kumpulan Spring

Pada Irama Ku Berpesan
Lagu Ini Ditujukan
Padanya Yang Tersayang

Kasihku Kau Pernah Dipersia
Lalu Ku Bawa Cintaku
Sebagai Penawarnya
Biar Lukaku Masih Terasa

Sesaat engkau tidak ku temu
Bulan seakan pilu
Tiada dapat beradu

Begitu jika engkau membisu
Badai jauh dilautan
Tiada ketepian
Sebegitu cintaku padamu

Usahlah cinta dibawa bersama
Ditenggelami mentari di timur
Gelap gelita tiada bercahaya
Ku tiada berdaya

Ku Ingin Selalu Di Sampingmu
Tiap Waktu Siang Melambai Malam
Bagaikan Senja Denyutan Cinta Kita
Penyambung Hadirnya

Akan Ku Bina Istana Bahagia
Menjadi Lambang kasih Berpanjangan
Hentikan Air Mata Pedih Kerangan
Yang  Mencakar Perasaan

Ini antara lagu kegemaran dan dilantun saat zaman remaja akak dulu. Lagu pertama kumpulan Spring dan mendodoi jiwa muda masa tu. Dah masuk kategori rock kapak, makin evergreen lagu ini bila didengar semula.

Alhamdulillah, hari ini penyanyi kumpulan Spring sudah dibebaskan dari Penjara Kuang Johor. Detik-detik keluar dari tirai besi, dirakam oleh wartawan di sini. Menanti kehadiran beliau ialah anak dan isteri tercinta Ameng, Puan Sabariah Zakaria. Moga kegembiraan dan kebahagiaan menanti pasangan ini untuk membina kembali istana bahagia setelah berpisah sekian lama. 

Bagai dinukil dalam lirik Sejiwa, begitu jualah doa untuk keluarga ini agar mereka dapat hidup bahagia semula bersama-sama. Insha Allah, DIA sentiasa bersama hamba-hambanya yang sentiasa bertaubat dan memohon ampun.

Amiin.

Gembira tengok gambar-gambar Ameng kat sini

Ustaz, apakah hukumnya jika orang baru masuk Islam tapi menyorokkan pengislamannya?

Salam sejahtera,

Isu orang bukan Islam yang memeluk agama Islam dan sorok-sorok pengislaman mereka memang jadi isu besar bila diviralkan di media sosial. Lebih-lebih bila melibatkan artis dan orang terkenal.

Tapi, apakah hukumnya? Berdosa ke tak?

Menurut Ustaz Zul Ramli M. Razali kepada Mstar Online:

... rakan terdekat atau keluarga tidak berhak untuk menghebahkan tentang pertukaran agama seseorang bukan Islam kepada Islam kerana ia adalah perkara peribadi.

Malah katanya, penyebaran berita tidak sahih tentang perkara itu di laman sosial juga tidak seharusnya berlaku kerana ia akan menimbulkan masalah lain seperti perbalahan keluarga.

"Seperti yang berlaku kepada selebriti yang didakwa memeluk Islam, individu yang menyebarkan hal itu sepatutnya mendapatkan kesahihan terlebih dahulu.

"Jika ia benar sekali pun tiada siapa berhak untuk menghebahkannya kepada orang lain kerana ia melibatkan peribadi mualaf berkenaan," katanya.

Zul Ramli turut menjelaskan pada zaman Rasulullah bahawa seseorang yang memeluk Islam boleh memilih untuk mengisytiharkannya atau menyembunyikan keimanan mereka.

"Kisah Saidina Umar yang mengisytiharkan pengislaman di hadapan ketua kabilah Quraisy umpamanya adalah contoh bahawa seseorang itu boleh mengisytiharkan keislaman serta memberitahu sanak saudara mereka.

"Kisah Abdullah bin al-Salam, seorang rahib Yahudi yang memeluk Islam kerana percaya dengan kebenaran Rasulullah SAW, namun meminta izin menyembunyikan pengislamannya.

"Beliau khuatir keselamatannya diancam orang Yahudi memandangkan beliau adalah tokoh rahib Yahudi terkenal dan Rasulullah SAW. membenarkan permohonan Abdullah bin al-Salam untuk menyembunyikan keimanan beliau itu," katanya.

Sementara itu, Zul Ramli berkata, masyarakat memainkan peranan penting dalam menjaga kebajikan mualaf kerana mereka adalah golongan istimewa yang perlu diberikan perhatian.

"Mualaf adalah tanggungjawab saudara Islam yang lain untuk membela nasib dan kebajikan termasuk sokongan moral agar mereka tidak berasa dipinggirkan.

"Ia dapat memotivasikan mereka untuk terus mengukuhkan akidah dan iman mereka terhadap agama Islam," ujarnya.

Soal dosa dan masuk neraka bukan perkara utama yang perlu diterapkan kepada seorang muallaf. Hati mereka perlu terlebih dahulu dijinakkan dengan menerapkan soal tauhid kepada Allah dan perkara-perkara yang indah di dalam Islam.



Ustaz Zul Ramli Mohammad Razali

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) - Ibu bapa wajib tahu dan wajib guna


2. Hanya masukkan nombor kad pengenalan (IC)
3. Pilih jenis sekolah rendah / sekolah menengah
4. Pilih tahun peperiksaan yang hendak disemak
5. Klik butang 'Semak Laporan'


Nak semak markah peperiksaan anak-anak, adik atau sepupu? Boleh cuba akses SAPS tu.

Alhamdulillah dengan SAPS, memudahkan para ibu bapa untuk menyemak markah peperiksaan anak-anak. Macam akak yang ada anak yang tinggal di asrama, memang cepatlah tahu keputusan dia bila check online.

"Hi mommies, result penuh dah keluar. Check it out!"

Macam tu lah mesej yang keluar di grup WhatsApp. Kelompok mak-mak ni memang busy giler la bila dengar je markah dah masuk online terus buka pc/aptop atau telefon/tab. Sambil masak di dapur pun akak boleh pegang telefon dan check  result anak-anak tau. Terbaiklah, kan?

Kad ucapan ringkas buat abah

Bismillah...

Pada hari jadi abah, saya minta anak saya tuliskan ucapan selamat untuk atok mereka. Bersama-sama sebotol Jus Anona untuk sakit lututnya saya selit sepucuk surat ucapan yang ditulis cucunya.




Saat abah membaca, meleret ke telinga senyumannya. Aduh, bahagia rasanya melihat senyuman itu. Moga Allah memberkati dia dan merahmati hidupnya dengan kemurahan rezeki, kesihatan yang baik serta hati yang tenang dan sentiasa mengingati Allah robbul'alamiin.

Mereka bukan orang penting pun

Dear blog...

Aku feeling annoyed. Sangat-sangat.

Susulan kejadian helikopter terhempas.

Jasad mangsa semua masih di rumah mayat. Rakyat marhaen dah ada yang sibuk bercerita tentang pilihan raya kecil. Bukan ke terhadap musuh sekalipun kita disuruh hormat dan memaafkan?


Tak sedikit juga mempertikai siapa mereka ini yang perlu diberi liputan meluas di kaca tv. Penting sangat ke? Kalau sesiapa yang menonton perlawanan bolasepak malam tadi  diganggu beberapa kali dengam laporan berita terkini tentang nahas. Aku pun terkejut. Lebih-lebih bila terlepas gol pertama Lions ke gawang Pahang. Sebaik-baiknya, kalau tak kenal lebih baik diam dan mengelak menyinggung perasaan mana-mana pihak terutama keluarga mangsa. 

Esok kita mati entah-entah masuk tv juga. Masa hidup ni bolehlah cakap macam-macam. Mati itu pasti tapi bukan kita menentukan bila dan cara bagaimana kita hendak mati. Kita pun bukan maksum dari berbuat dosa. Perasan diri bagus sangat, itu maknanya riak dan sombong.


Takziah juga buat keluarga DSAI di atas pemergian ke rahmatullah ayahanda beliau Ibrahim Abdul Rahman. Moga arwah ditempatkan di kalangan para solihin. Ameen.

Moga pengebumian jenazah dimudahkan hari ini...

KAK AINA: Syukur Pahang menang malam tadi. Rasanya macam dah lama sangat tak menang-menang...

Nahas helikopter di Semenyih

Salam takziah..

Sebagai orang Pahang, saya turut berasa dukacita atas tragedi helikopter yang mengorbankan 6 orang termasuk 3 VVIP yang baru balik dari majlis resepsi anak Perdana Menteri di Pekan. Lebih lebih lagi salah seorang ialah ahli Parlimen Rompin iaitu Tan Sri Dr. Jamaluddin Jarjis yang lebih dikenali sebagai JJ. Moga roh beliau dan mangsa yang beragama Islam dicucuri rahmat serta ditempat di kalangan orang beriman. Ameen.

Takziah.
Takziah buat seluruh ahli keluarga.
Takziah buat seluruh warga Rompin.


Hebohnya GST !!!

Salam

Semalam, 1 April bermulalah GST di Malaysia. Kedatangan GST 'disambut' begitu meriah sehingga pelbagai ucapan selamat dan muatnaik resit belian menghiasi di media sosial. Bukan sahaja orang dewasa, malah kanak-kanak juga pandai bermain kata tentang GST. Masakan tidak, begitulah hebat pengaruh iklan/drama GST yang dilakonkan di tv. Anak-anak saya juga boleh menghafal sesetengah dialog pelakon-pelakon drama GST tersebut.

Saya sendiri sebelum GST memang turun padang membeli stok barang dapur dan peti. Kononnya nanti barangan akan lebih mahal selepas GST. Memang betul ada barang yang takkan naik dan menten harga asal. Ia ditandakan dengan S (kena GST) dan Z (tiada GST) dalam resit.

resit by PM sewktu membeli belah sambi observed pelaksanaan GST semalam
Credit FB DS Najib Razak


Jangan lupa semak resit. Ada peniaga yang tidak mendaftar perniagaan untuk GST tidak layak mengenakan GST kepada pengguna. Tapi, ada peniaga yang mengenakan GST juga! Pengguna pula nak tak nak terpaksa membayar walaupun terfikir diri sudah dianiaya. Begitulah nasib seorang yang saya temui di laman muka buku yang memberitahu resit yang dikeluarkan tiada id GST atau GST no. Laporan salah laku begini boleh dilaporkan kepada KPDNKK di talian 03-88826245. Syaratnya, segala resit pembelian jangan dibuang untuk menjadi bahan bukti. Pengguna harus berani dan peniaga juga seharusnya takut untuk menipu! Jangan hendak mengejar untung beberapa sen atau ringgit, kelak didenda beratus ribu. Tak berbaloi!


Kawan saya bercerita anaknya mahu duit belanja lebih sempena GST. Hahaha...bijak punya anak kecil tu. Anak saya juga eksited bercerita sempena hari pertama GST.

"Ibu nasi lemak tadi masih seringgit. Tak kena GST pun" begitulah ceritanya ketika balik sekolah agama pagi semalam. Cuma ada satu kedai mak cik tu, biasanya menjual kuih muih RM1 bagi 3 ketul kuih sudah menaikkan menjadi 40 sen seketul kuih. Memang di mana-mana juga peniaga sudah meletakkan harga kuih 40 sen seketul. 

Tak tahulah berapa lama cerita tentang GST akan berlangsung. Selagi ada GST, selagi itulah orang akan bercerita kerana semua pihak pasti akan mencari kelemahan dan ketirisan sepanjang pelaksanaannya. 

Tinggalkan gula tebu, pilihlah 'gula' yang lebih menyihatkan

Salam
Jom lihat situasi ini...

A - Si Kurus yang sihat walafiat
B - Si Obes yang menjaga kesihatannya. Juga seorang yang sihat
C - Si Sederhana yang menghidap kencing manis

Suka tak makanan yang manis?
A: Suka... terutama kuih tradisional dan semua jenis bubur.
B: Suka... tapi kena pedas juga. Ayam masak merah, Sambal Sotong, Sambal petai udang dll.
C: Suka juga tapi sebab saya diabetic, saya berpantang dan tak makan makanan manis-manis sejak itu.

Suka tak minuman yang manis?
A: Suka, terutamanya teh o limau ais.
B: Tak suka sangat. Manis buah sudah cukup.
C: Sama ada air masak atau teh o kosong tanpa gula. Tawar..

Bagaimana kamu berdiet?
A: Saya sudah tidak makan nasi atau makan nasi dalam portion yang sedikit. Still minum dan makan manis-manis.
B: Saya memang tak makan manis. Tak makan makann berlemak dan berminyak. Saya memang jaga pemakanan saya. Biarlah orang kata masakan saya tidak sedap asalkan ia sihat lagi menyihatkan.
C: Terpaksalah berpantang. Makan yang tawar-tawar sahaja. Nak buat macam mana kan. Dah nasib badan.

Nak tak saya perkenalkan dengan 'gula' sihat?
A: Yang mana satu? Gula tebu hitam kan? setahu saya ia kurang kalori berbanding gula pasir putih.
B: Saya rasa tidak perlukannya kerana saya boleh mengawal pengambilan gula dalam makanan dan tidak mengambil air bergula dan berkarbonat. Kalau nakkan manis saya boleh guna gula perang. Gula perang mengandungi molases. Molases yang ada pada gula coklat mengandungi beberapa mineral penting termasuk kalsium, kalium, magnesium dan besi.
C: Ada ke gula yang sihat?


Ada. Gunalah daun stevia. Ia sejenis daun yang manis dan bersifat unik. Unik kerana manisnya semulajdi dan tiada kalori. Sifar.
A: Mana nak cari pokok stevia.
B: Ada jual ke daun stevia di pasar atau pasaraya?
C: Nak kena masukkan daun stevia ke dalam air dan masakanlah ye?

Kini ada yang lebih mudah. Saiz kecil, ringan dan mudah dibawa kemana-mana.



Hanya RM 50 sebotol dan jika beli 3 botol dapat harga RM 40 sebotol bersamaan RM120. Ditambah dengan percuma keahlian seumur hidup.

A: Ni nak suruh makan ke bisness?
B: Nak jual barang lah tu.
C: Oklah saya nak cuba sebotol.

Hasil carian imej untuk emoticon smile but sweating

Makan boleh, berniaga pun boleh. Apa salahnya, badan sihat, untung juga dapat. Tapi, no. 1 tentulah kesihatan. Bertukarlah dari gula tebu kepada pemanis stevia. Penghidap kencing manis atau diabetic juga boleh melalui hidup lebih ceria kerana sudah boleh minum manis dan makan manis manisan. Syaratnya titiskan stevia dalam kuih muih, bubur, sambal merah anda dan minuman. Tanpa was was, tidak akan menyebabkan paras gula dalam darah seorang diabetic itu meningkat naik.

Insha Allah, kita merancang. Sebaik-baik perancang Allah jua.


Nak tahu maklumat lanjut boleh whatsapp atau SMS sahaja 0196151952. Harga tersebut di atas hanya valid sehingga 31 Mac 2015.

Terima kasih.

Bila anak bongsu mula bertindak seperti seorang abang

Dear blog,

Alfatih sudah besar nampaknya. Anak bongsuku yang sudah pun berusia 6 tahun. Semakin tinggi, semakin manis roman wajahnya dan semakin berkurang juga sikap suka merajuknya.

Baru ini kami hendak ke kolam. Dia menyarung baju mandi kesayangannya. Bila selesai, aku lihat sudah agak ketat dan sendat ditubuhnya. Aku saran dia menanggalkan kembali baju itu dan menyarung baju abangnya. Kataku hendak memujuk, bahawa dia sudah besar dan tidak cantik memaki baju yang ketat sehingga menampakkan susuk anunya. Pakai sahaja baju abang kerana abang juga sudah besar. Dia gembira mendengar kata-kata ibu dan memberitahu bahawa baju miliknya itu kelak hendak diberikan pula kepada adik baby. Baby manapun aku tak tahu. 

Menjadi tradisi jika baju lama yang masih elok sudah tidak padan akan diwarisi oleh adik di bawahnya. Aku tidak mengambil berat kata-kata Alfatih secara serius. Mungkin itu kata-kata seorang budak yang sukakan anak kecil, terutama bayi.

Baru ini sepupunya datang ke rumah. Dia sangat suka melayan Sumayyah Hazirah yang baru berusia 8 bulan. Memang sudah layak beradik gayanya. Kata benakku. Bila Sumayyah balik, dia dan abangnya mengikut sama balik ke kampung. Cuti sekolah, kan.

Malam tadi adik iparku, ummi kepada Sumayyah menelefon. Dia memberitahu Alfatih ada menyelitkan baju mandi dalam beg baju Sumayyah. Katanya, dia sudah tidak padan dan mahu berikan baju tersebut kepada Sumayyah pula. Ummi Sumayyah bertanya sama ada aku yang menyuruhnya. Aku menidakkan. Kami tergelak dengan keletahnya. 

Sudah besar Alfatih. Kelak boleh jadi abang yang baik, Insha ALLAH. Kalau tiada rezeki adik kandung, adik sepupu pun boleh juga kan. Ibu bangga dengan Alfatih. 

Setahun lepas....baju inilah yang diberikan kepada Sumayyah :D 
Haih... Kalau untuk gegirl, mestilah cari yang beropol-ropol baru sesuai, kan...?