Showing posts with label pasangan bahagia. Show all posts
Showing posts with label pasangan bahagia. Show all posts

Zaibo dan isteri - bertukar peranan

Salam,

Suka sangat membaca kisah-kisah rumahtangga bahagia. Moga ia menjadi inspirasi kepada kita yang sedang menjalani alam perkahwinan atau yang mahu mendirikan masjid kelak.


Jika Mak Mah menjadi penoreh, pelakon dan pelawak Zaibo pula menjadi 'suri rumah' menggantikan isterinya yang bertugas ke luar sebagai sukarelawan. Alhamdulillah pasangan bahagia ini hidup aman damai biarpun ada suara-suara negatif berlegar di sekeliling mereka. Abaikan. Inilah faktor kerukunan rumahtangga uncle Zaibo dan isterinya, Siti Hawa. Yang penting mereka saling memahami peranan sebenar mereka dan melaksanakannya dengan sebaik mungkin.

Zaibo kini menetap di Rengit, Batu Pahat, Johor selepas berkahwin dengan ibu tunggal beranak sembilan iaitu Siti Hawa Shawal, 51, pada 3 Disember 2010.


Sementara itu, Zaibo berkata, dia tidak berasa malu digelar suri rumah, malah menghargai setiap detik membesarkan lima orang anaknya itu.


"Saya tahu mungkin akan ada rakan artis yang pandang serong kepada saya, tapi saya tidak peduli janji saya bahagia dengan apa yang saya lakukan sekarang.


"Saya bersyukur dan menganggap ia merupakan peluang yang Allah bagi untuk merasai tanggungjawab sebagai bapa kepada lima orang anak dan saya melakukannya dengan cara saya sendiri," ujarnya.

Berita penuh di Mstar Online. Semoga perkahwinan ini berkekalan bahagia sampai syurga. Amiin.

Mak Mah dan suami - Gembira di hujung usia

Salam,

Pada mula membaca tajuk utama berita 'Dari seorang pelakon, Ruminah Sidek kini seorang penoreh getah' - mengambarkan kehidupan susah yang terpaksa dilalui oleh beliau. Namun sebaliknya, Mak Mah bercerita kehidupannya masa kini sangat membahagiakan dan dia gembira dapat melakukan pekerjaan yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.

"Mula-mula memang tidak tahu bagaimana cara nak menoreh getah, jadi saya belajar dengan suami sehingga saya menangis kenapa saya tidak pandai-pandai.

"Saya berdoa Allah permudahkankan saya untuk pandai melakukannya kerana saya benar-benar mahu menemani suami setiap pagi ke kebun getah. Sekarang suami pula kagum dengan kebolehan saya.
 Alhamdulillah, tabik dengan Mak Mah. Bukan semua orang dapat melakukan perkara demikian. Perkara susah yang kita bayangkan, rupanya tidak menyusahkan empunya  diripun. Malah ia menjadi asbab kebahagiaan rumahtangga seseorang. Yang penting kehidupan kita sentiasa bersandar pada Tuhan Yang Satu dan setiap pasangan tahu peranan dan tanggungjawab masing-masing.

Tambah Mak Mah lagi:

Katanya, sejak berkahwin dia tidak pernah berasa susah hati terutamanya dalam hal menguruskan kehidupan.

"Hati saya senang sahaja, tidak fikir masalah dan tidak fikir duit cukup atau tidak kerana semua suami yang uruskan.

"Sampai baju atau keperluan harian lain dia yang uruskan, setiap kali saya mahu keluarkan duit, dia tidak benarkan," ujarnya.

Tambah Ruminah, perkara-perkara berkenaan juga membuatkan berat badannya kini meningkat sehingga 70 kilogram.

"Orang kampung kata saya sudah berisi sekarang, bila timbang memang sudah 70 kilogram daripada sebelum ini hanya 64 kilogram.

"Saya ingat sudah tidak boleh gemuk, rupa-rupanya bila hati senang dan gembira badan kita boleh naik juga," ujarnya.

Ruminah berkata, dia bersyukur kehidupannya kini dianggap sebagai hadiah Allah dalam menghabiskan sisa hidupnya.

Dia juga tidak pernah membayangkan dapat menjalani kehidupan sebegini indah pada akhir-akhir usianya.

 Berita penuh di: Mstar Online

Semoga rumahtangga Mak Mah dan suami sentiada dirahmati Allah dan aman bahgia di dunia sampai akhirat sana. Amiin.

Sarah dan Shuib (Sepahtu) - Moga bahagia selamanya


Lirik lagu : Sandarkan Pada Kenangan

Kenangan manis kau dan aku
Takkan terhapus
Duri ranjau dalam bercinta
Lumrah dunia

Sayang menyayang
Cinta dikenang
Perasaan menjadi rindu

Ohhhh…
Lihatlah diriku yang kehilangan
Tanpa kasihmu sayang
Siapalah aku

Sayang menyayang
Saling percaya
Punca kasih berpanjangan
Ohhh…. oh…

Mengapa kita harus bersengketa
Kerana fitnah dan salah sangka
Apa yang telah terjadi pada kenangan
Sememangnya aku tak pernah melupakan
Mengapa masih ada perasaan benci
Kerana cinta dan percaya luput dalam perasaan

Marilah kasih
Kita saling sayang menyayang
Kalaulah ada benci
Kita sandarkan pada kenangan

Apa yang harus kita lakukan
Kita sandarkan pada kenangan
Mengapa masih ada perasaan benci
Kerana cinta dan percaya luput dalam perasaan

Akak merasa tengok live Siti Sarah Raisuddin berduet dengan Jamal Abdillah menyanyi lagu ni di Konsert Jamal Abdillah tidak lama dulu di Istana Budaya. Memang sedap suara mereka. Masa tu Sarah masih bujang trang tang tang lagi. Kemudian dia berkahwin dengan Shuib (Sepahtu).

Bersandarkan pada kenangan mula mereka berkahwin dahulu, Sarah bercerita:
... dia terkenangkan bagaimana Shuib pernah menitiskan air mata ketika mereka mula-mula berpindah ke rumah sewa selepas berkahwin.

Kata Sarah, Shuib terkilan tidak dapat menyediakan keperluan lengkap untuk dirinya memandangkan ketika itu karier seninya baharu sahaja bermula.

"Jujurnya saya tidak pernah memandangnya kerana harta dan sebab itu saya langsung tidak kisah apabila suami tidak dapat menyediakan kelengkapan yang selesa untuk kami ketika awal perkahwinan dahulu.

"Tetapi tangisannya kerana tidak dapat memenuhkan ruang dalam rumah ketika itu membuatkan hati saya terusik dan tidak pernah meminta apa-apa daripadanya," ujarnya.

Sementara itu, Sarah berkata, Shuib seorang lelaki yang sangat bertanggungjawab selain sentiasa memastikan keperluan keluarganya didahulukan berbanding diri dia sendiri.

Begitulah wanita jika ikhlas menyintai pasangan mereka. Yang penting mereka ada untuk satu sama lain ketika susah dan ketika senang. 

Nah, hari ini dalam sejarah hidup Sarah! Baca sini.

Dikhabarkan dalam Mstar Online, bahawa Sarah dapat kejutan dari suaminya Shuib. Alhamdulillah rezeki anak-anak dan rezeki bulan Ramadhan buat keluarga itu. 


Bestnya dapat rumah! Biarpun bukan banglo bertingkat-tingkat tetapi ianya lebih dari cukup dan teramat indah dengan kehadiran insan-insan tersayang. 

Tahniah Sarah, akak doakan pasangan ini berbahagia selamanya sampai ke syurga!

Ameng dan isteri - sejiwa, romantis

Lirik lagu: Sejiwa - Kumpulan Spring

Pada Irama Ku Berpesan
Lagu Ini Ditujukan
Padanya Yang Tersayang

Kasihku Kau Pernah Dipersia
Lalu Ku Bawa Cintaku
Sebagai Penawarnya
Biar Lukaku Masih Terasa

Sesaat engkau tidak ku temu
Bulan seakan pilu
Tiada dapat beradu

Begitu jika engkau membisu
Badai jauh dilautan
Tiada ketepian
Sebegitu cintaku padamu

Usahlah cinta dibawa bersama
Ditenggelami mentari di timur
Gelap gelita tiada bercahaya
Ku tiada berdaya

Ku Ingin Selalu Di Sampingmu
Tiap Waktu Siang Melambai Malam
Bagaikan Senja Denyutan Cinta Kita
Penyambung Hadirnya

Akan Ku Bina Istana Bahagia
Menjadi Lambang kasih Berpanjangan
Hentikan Air Mata Pedih Kerangan
Yang  Mencakar Perasaan

Ini antara lagu kegemaran dan dilantun saat zaman remaja akak dulu. Lagu pertama kumpulan Spring dan mendodoi jiwa muda masa tu. Dah masuk kategori rock kapak, makin evergreen lagu ini bila didengar semula.

Alhamdulillah, hari ini penyanyi kumpulan Spring sudah dibebaskan dari Penjara Kuang Johor. Detik-detik keluar dari tirai besi, dirakam oleh wartawan di sini. Menanti kehadiran beliau ialah anak dan isteri tercinta Ameng, Puan Sabariah Zakaria. Moga kegembiraan dan kebahagiaan menanti pasangan ini untuk membina kembali istana bahagia setelah berpisah sekian lama. 

Bagai dinukil dalam lirik Sejiwa, begitu jualah doa untuk keluarga ini agar mereka dapat hidup bahagia semula bersama-sama. Insha Allah, DIA sentiasa bersama hamba-hambanya yang sentiasa bertaubat dan memohon ampun.

Amiin.

Gembira tengok gambar-gambar Ameng kat sini