Showing posts with label facial mask untuk lelaki. Show all posts
Showing posts with label facial mask untuk lelaki. Show all posts

Ibu jadi hantu

*Salam Sejahtera*

Haih..lama benor akak tak makai mask kat muka ni. Bukan mask = topeng tu, tapi facial mask, iaitu masker untuk kulit muka diserviskan bagi jadi elok sikit.

Alkisahnya, tadi pakai la masker ni....
So, muka jadilah lebeh kurang cam ni rupanya...



Bila anak-anak jantan akak nengok terus jelah menjerit...."Haaaaa...ibu jadi hantu!!!!" jerit Addin. Hero bertiga yang lain pun memaling muka nengok ibu. Semua sekali habis pakat gelak....Haaiiihhh bukan senang nak nampak ibu pakai masker. Last pakai bulan lepas. Sebelum yang sebulan lepas tu, ialah berbulan-bulan sebelumnya...Nasib baru pakai, bolehlah nak gelak sekali dengan anak-anak. Masker bila dah mengering dan menegang, mana boleh gelak. Silap hari bulan bertambah kedut kat muka....:(