Showing posts with label cerita dari sekolah. Show all posts
Showing posts with label cerita dari sekolah. Show all posts

"Ibu, Aman nak main drum"



Baru-baru ni Luqman bercerita dia masuk bilik muzik.  Ada macam-macam instrumen muzik di dalamnya. Dalam banyak-banyak tu, adalah 1 benda yang dia teringin nak main.

"Ibu, Aman nak main drum"

"La...awat cakap kat ibu? Lain kali mintak lah kat cikgu..." 

Dia diam je...

Baru-baru ni dapat pulak surat (di atas). Pencarian bakat Pendaftaran murid baru untuk orkestra sekolah bakal diadakan. Sekali lagi dia sibuk meminta.

"Ibu, Aman nak main drum"

Ayyo..yo.. Orkestra ada main drum ke?

Ibu dan abah dah buat keputusan, Luqman tak akan join orkestra sebab jadual dah padat. Kalau masuk orkestra, nanti mesti ada kelas tambahan untuk latihan. Dahlah hari biasa sibuk dengan sekolah pagi sampai petang. Malam kena buat homework dan masuk tidur awal. 

Tambahan pula, hujung minggu dah dijadual main bola untuk kelab. Jadi nanti tiada masa pulak untuk belajar dan belajar. So, sorry sayang. Main drum dalam kelas muzik aje ye..

KAK AINA: Wow siap jemput Edrie dan Awie untuk bagi ceramah. Tak tahulah apa plan sekolah dengan otai muzik berdua tu. Hopefully, SBT, SKS akan terus maju jaya di peringkat arus perdana. Cayalah, GB!

Yeay, cuti seminggu!


Anak suka, ibu lagi seronok!

Ya, CNY tahun ni dapat cuti seminggu! Tapi, cuti tambahan 3 hari tu wajib diganti kemudian nanti selama 2 kali Sabtu. Tak mengapalah, kita 'enjoy katak' dulu ye anak-anak.

Sebenarnya seronok bukan pasal nak holiday kemana-mana pun. Cuti dalam Malaysia je.....Atau lebih tepat, cuti dalam rumah! Hehe....sekolah kebangsaan memanglah cuti, tapi sekolah tadika/agama/kafa cuti 2 hari sahaja.

"Kenapa tanggal baju, hantu pun lari?"

*Salam Sejahtera*

Last Friday, anak akak Luqman, sekolah dia buat sekolah terbuka. Ala jamuan raya 1 sekolah lah. Kebetulan hari sebelum last exam so, diorang enjoy betollah makan-makan beramai-ramai.

Ibu: Jamuan buat kat kelas atau dewan tadi?

Aman: Buat kat dewan.

Ibu: Aman makan apa tadi?

Aman: Nasi himpit, nugget....(huh memang faveret dia sungguh nasi himpit tu)
         Lepas makan, cikgu pasang cerita Hantu Bonceng!

Ibu: What?