Showing posts with label artis bertudung. Show all posts
Showing posts with label artis bertudung. Show all posts

Lepas ni siapa pulak?

*Salam Sejahtera*

Segala pujian dan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana hidayah-Nya kepada hamba-hamba-Nya yang terpilih.  Sebagaimana firmannya.....


A082
Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: " Jadilah engkau! ". Maka ia terus menjadi. (Yaa Siin 36:82)


Saya merujuk kepada kisah Diana Amir. Pelakon yang masih muda, yang genit, cantik, berpotensi menjadi lebih popular dan mencari lebih banyak wang peluang berlakon....

"Saya ambil keputusan ini kerana saya sudah beberapa kali sejak tiga bulan yang lalu diberi petanda dan mimpi buruk tentang hari kiamat.
"Dan mimpi-mimpi tersebut juga mengingatkan saya tentang kematian yang semakin hampir dan perkara itu sering membelenggu hidup saya beberapa bulan kebelakangan ini," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Khamis.
Tambahnya, dia menceritakan perkara tersebut kepada seorang rakan baik sehingga menyebabkan temannya itu turut mengambil keputusan yang sama untuk berhijrah dan mendalami ilmu agama
"Saya tak tahu kenapa perkara itu berlaku kepada saya, mungkin Allah ingin memberi petunjuk dan saya menceritakan semuanya kepada seorang rakan.
"Namun selepas itu rakan saya yang berhijrah lebih awal daripada saya," katanya yang mula mengenakan tudung pada Isnin lalu.
Jelas Diana lagi, selepas berniat untuk berhijrah, dia beberapa kali bertemu dengan pelakon Irma Hasmie untuk mendapatkan pandangan dan sokongan.
"Saya tahu saya masih lemah terutamanya mengenai hal-hal agama, disebabkan itu saya ambil peluang untuk bertemu dengan Irma Hasmie untuk mendapatkan nasihat dia.
"Irma juga membawa saya berjumpa dengan Wardina Saffiyah untuk mendapatkan tunjuk ajar dan sokongan mereka," tuturnya.
Katanya, biarpun masih terlalu cetek mengenai pegangan agama, dia berharap selepas menutup aurat dia dapat belajar lebih mendalam tentang agama Islam.
Ditanya tentang lakonan, Diana berkata dia masih akan terus berlakon jika mendapat watak yang sesuai dengan imejnya sekarang. [SUMBER]

Kita bila lagi?

*Salam sejahtera*

Petang tadi ulangan drama Ar-rayyan di TV3 jam 1.30. Sesiapa pernah tengok drama tu, pelakonnya ialah Raja Farah dan Farahdhiya. Drama tu pernah mengisi slot cerekarama di bulan Ramadhan tahun lepas. Manakala hero drama tu ialah Geoffrey (mat salleh yang jadi bapak Siti Saleha dalam drama Habil dan Qabil). Drama ni memang best. Apa yang menarik dalam drama tu Raja Farah berlakon pakai tudung. Ya, sekadar lakonan dan masa tu dia pun masih anak dara lagi.

Hari ini berita melaporkan penghijrahannya kepada bertudung betul-betul. Ya ampun Alhamdulillah.... syukur sangat-sangat dan sangat terharu. Saya bukanlah peminat beliau tetapi inilah rahmat Ramadhan. Hanya insan bertuah diangkat Allah martabatnya kepada 1 tahap yang lebih baik. Subhanallah. Kita bila lagi?