Showing posts with label anak derhaka. Show all posts
Showing posts with label anak derhaka. Show all posts

Dia bukan anak derhaka: Terpaksa tinggalkan ibu kerana.....


Kak Aina juga pernah menulis kisah 2 beranak ini di dalam entri ini.

Alhamdulillah akhirnya mak cik dah bersatu semula dengan anaknya....Paling mengembirakan,  apa yang terjadi sebelum ini hanyalah salah faham. Anak beliau, Amir Mohd. Omar terpaksa meninggalkan ibunya atas faktor kesihatan. Baca penjelasan beliau di sini.

Moga, dengan keterangan semua pihak terlibat dapat menghuraikan salah faham sebelum ini dan Amir  juga dapat terus berbakti kepada ibunya selagi ada hayat mereka.

Insha Allah, ada hikmahnya di atas yang terjadi. Moga rezeki kedua beranak selepas ini lebih murah, diberkati Allah dengan kesihatan yang lebih baik dan hidup mereka lebih bahagia...

Syabas buat kakitangan JKM Wilayah KL yang diketuai pengarahnya, Noormah Abd. Rauf dan Harian Metro yang berusaha untuk pertemuan ini.

Dia bukan ibuku



Ya, dia bukan ibuku!

Bukan ibu Kak Aina, tetapi dia juga punya anak. Baca kisah sedih pilunya di sini.

Gambar ibu tua di muka depan akhbar Harian Metro ini amat memilukan. Moga anak mak cik itu juga membaca laporan akhbar ini dengan hati yang kesal dan perasaan bersalah.

Sesungguhnya syurga di telapak kaki ibu. Biarpun sesusah mana hidup kita masa sekarang untuk membela seorang ibu, sebagai anak wajib menjaga ibu dan bapa walau apapun caranya. Hatta, terpaksa mengikat perut dari makan atau tinggal di jalanan.Namun nasib ibu bapa, tetap mesti dibela!

Ingatlah wahai anak, jasa ibu membesarkan kita sejak dari alam rahim hingga dewasa tiada tandingnya... Moga anak mak cik ini tidak lena tidur dan dihantui bersalah, sehingga dia kembali memohon ampun. Sama-sama kita berdoa....kesian mak cik tu...:(