Showing posts with label Khas Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Khas Ramadhan. Show all posts

KAD RAYA give away

*Salam Sejahtera*

Ini entri melekat. Untuk reminder diri sendiri untuk hantar kad raya. Nama jer give away tapi bukan kontest ke segmen ke ape-ape ke sebab ni saje suka suki. Cuma kalau sesiapa nak kad raya dari Kak Aina silalah tinggalkan emel address kat dalam ruangan komen yer:)

Teringin nak buat kad sendiri tapi disebabkan masa yang terhad di bulan Ramadhan ni akak guna online punya aje yer...Kad raya tu akak post thru emel korang. 

KLIK sini untuk melihat kad raya dedikasi untuk semua pengunjung LAMAN CAHAYAMATA>> E-card Idul Fitri 1431H on the Behance Network. Sori tu versi tahun lepas punyer. Heeee...tapi kad tu memang best.


Untuk personal kad pulak, harap bersabar ye kalau lambat terima tu. Nak curik-curik masa membuat pos laju neh:P Tapi plis yer tinggalkan emel korang sebab ader certain blogger tu akak dah try godek-godek profile dia tak jumpa-jumpa jugak. 


 Hopefully korang suka kad raya yang akak pilih. Tak tau dah nak choose kat ner. Yang akak pos tu kire dah terbaik kat mata akak ni. Mebi taste orang tua akak ni tak sama orang muda macam taste korang..Hehe ampunnnn:D

Lagu khas Ramadhan


Wordless Wednesday: Rojak mi (lidi)


Menu berbuka semalam pt 4

*Salam sejahtera*

Semalam sebagai memperkenankan hajat ibu mertuaku yang telah mengirim macam-macam 'barang hantaran' untuk menyediakan masakan di bulan puasa ni maka ai pun  buatlah bubur lambuk. Alhamdulillah.

Bubur lambuk resepi ibu mertuaku....

Alquran

*Salam Sejahtera*

Hari ini hari turunnya Alquran (Nuzululquran). 17 Ramadhan. 

Tadi sempat tengok slot 'Fikrah Ramadhan' dalam MHI, di mana jemputannya ialah Ustazah Asni Alhafizah. Topik perbincangan soal hati dan dihubungkaitkan dengan puasa dan nuzul Alquran. Saya share sikit ye apa ustazah cakap tadi..

Mengaji tapi baca tak betul tajwid berdosa.
Betul tetapi, kita kena juga mengaji walaupun baca tergagap-gagap. Orang yang berusaha baca itu akan mendapat dua pahala iaitu pahala sebab membaca dan pahala belajar.

So, nampak tak, walaupun tak pandai kena baca juga tapi ada syaratnya kena BELAJAR (cari guru).

Kenapa orang baca tak betul tu dapat pahala juga?

Menu berbuka semalam pt 3

*Salam Sejahtera*


Acilah ye pagi-pagi lagi menayangkan gambar makanan. Sebenarnya ia sebahagian menu berbuka beberapa hari lepas. Ni baru berkesempatan nak tayang. Macam biasa harapan saya korang tak terliur dapat idea nak masak apa hari ini..:D

Bubur kacang mabeles...:D

Puding roti kukus berkuah (kastad+air gula merah)

Menu berbuka semalam pt 2

*Salam Sejahtera*

Bulan puasa nilah nak ambil kesempatan mengecikkan saiz perot pinggang kan? Tah kenapa teringin pulak nak makan nasi lemak. Hari sebelum masak nasi ayam. Luqman request. Tapi tak sempat nak snap gambar, sebab lepas berhidang dah nak masuk waktu. Apa lagi semua pon makan ler...Ye ye lepas baca doa bukak pose:D

Ni lah menu semalam....bukan nak suruh awak awak dan awak jamu mata terliur tapi kot lah boleh beri idea nak masak apa ari ni...

Sedapnya cendol...

Air_cendol_pandan
Gambar KakFida@My Resepi.Com

Kalau buat untuk berbuka petang nanti mesti mabeles kan?


Resepi seperti berikut:

Orang mintak sedekah: Peluang kita tambah pahala

*Salam Sejahtera*

Hari ni hari kedua saya mengayuh basikal ke sekolah. Adalah dalam jarak 3km kot pegi balik. Naseb basikal tu menggunakan bateri. Untung jugaklah. Kaki malas mengayuh, press je 'minyak' (macam motor) terus dia lajak kedepan. Steady ko! Haku merempit tak hengat! Haha..

Habis urusan kat SKTS, singgah bank. Melilau kejap cari tempat parking yang sesuai untuk basikal. Hurrmmmm at last, park dekat Giant. Situ ada tiang kat tempat troli yang boleh lekatkan mangga. Siap! 

On the way ke bank, ada booth Maxis. Depa promot BB dengan free modem.

"Kak..kak nak tak..."tanya sorang promoter lelaki.

"Hemmm taknaklah saya dah guna streamyx"

"Ni untuk kegunaan kat luar rumah kak.." pujuknya lagi...sambil berjalan je kami berborak.

"Hemm tak naklah ni lagi slow..." budak tu wat muka sedeh sebab telah direject. 


Ayoyo berlagak betol saya ni kan? Kalau tak nak cakap jelah tak nak.  Adush....rasa guilty pulak dalam hati! Kat depan pintu bank ada pulak 2 budak lelaki remaja tengah tegur orang untuk minta derma. Adoii...malasnya nak melayan! Saya cepat-cepat jalan masuk bank. Nasib ada orang lain kena terjah, so saya selamat...

Masa kat dalam bank saya terfikir pasal budak kutip derma tu....bukan kali pertama orang mengutip derma tunggu depan bank. Mentang-mentang situ lubuk wang tapi bukan semua orang keluar duit untuk berjoli katak. Keluar duit pon cukup-cukup untuk beli keperluan. Untuk kehendak memang tak de. Bukan semua ke bank nak bawak keluar duit. Selesai urusan saya keluar. Kebetulan ada orang lain pulak diterjah kat situ. Sekali lagi saya selamat...Fuhhh lega.....

Masa nak balik, saya melintasi booth budak Maxis tadi. Alhamdulillah ada beberapa orang pelanggan yang berminat nampaknya. Lega..saya tumpang gembira...moga-moga dia untung banyak hasil komisen hari ini. Saya bukan berniat nak berlagak tadi. Kekadang mulut tadek insurans ni suka cakap lepas jek tapi dalam hati tak berniat sikit pon kecitkan hati orang...

Kemudian, saya tuju ke Giant. Sebab dah sampai, singgahlah kejap tengok apa yang menarik. Nak beli banyak pun beg tak bawak. Bakul basikal pun kecit je....Kebetulan juga, kat depan pintu masuk ada seorang remaja lelaki mintak derma menanti kat situ. Alahai, hari ni memang diorang port kat sini kot...Saya pon buat-buat tak nampak. Kebetulan ada orang lain kena terjah, buat kali ke3nya saya terselamat! Yiihaaaa...

Korang rasa akak teruk tak? Yelah beberapa kali saya try elak dari kena terjah dengan peminta derma. Yelah mana tahu kot diorang ni bebudak sindiket ke...orang tak baik ker...dll.Cuba baca keratan news ni..

Kadar rata 50 sen bagi 50gram kad raya

*Salam Sejahtera*


Kad raya...kad raya...kad raya....siapa dah terima kad?  Dalam 3 tahun ni dah tak pernah menerima kad. Mana taknya mengepos pun tidak. Mana ada yang sudi membalas. Kesian akak kan...heee meh la adik-adik pos kad raya untuk Kak Aina..heeeeeeeee tak malu memintak wehh:P

Ok tats joke. Ni nak bagitahu korang yang nak hantar kad pada Kak Aina kawan-kawan, saudara atau kekasih ini kadar baru setem untuk setiap kad okeh. Kalau zaman akak dulu letak setem 10 sen dah sampai ke destinasi. Lepas tu naik 20 sen. Ni tahun 2011, bermula 1 Ogos sampai Januari 2012, inilah kadar baru setem iaitu 50 sen...amek ko...sah tadek sape nak hantar kad kat haku ...:(

Pos Malaysia tawar kadar rata bagi kad ucapan 
KUALA LUMPUR - Pada kadar promosi 50 sen sahaja, rakyat Malaysia boleh menghantar kad ucapan perayaan pelbagai saiz dengan berat tidak melebihi 50 gram ke seluruh destinasi di Malaysia. 
Pos Malaysia telah melancarkan satu kadar rata bagi pengeposan kad ucapan perayaan utama di Malaysia iaitu Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Krismas dan Tahun Baru Cina di negara ini. 
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Pos Malaysia Berhad, Datuk Syed Faisal Albar (gambar) berkata, kemudahan teknologi informasi dan komunikasi pada masa ini seperti mel elektronik, khidmat pesanan ringkas (SMS) dan kad elektronik menyebabkan ramai rakyat Malaysia memilih alternatif itu. 
"Namun masih ramai lagi yang menghargai sentuhan peribadi apabila menghantar ucapan melalui kad-kad ucapan," katanya dalam kenyataan di sini semalam. 
Katanya, kadar promosi itu bermula pada 1 Ogos lalu sehingga 31 Januari tahun depan.
Dengan promosi satu kadar rata ini, beliau berharap dapat menggalakkan lagi rakyat Malaysia menghantar kad ucapan melalui Pos Malaysia. 
Promosi itu hanya untuk kad ucapan dalam negara sahaja dan bagi kad ucapan ke destinasi antarabangsa pula kadar pengeposan adalah mengikut caj biasa sama ada mengikut penghantaran laut atau udara. 
Bagi memastikan kad ucapan Hari Raya Aidilfitri sampai tepat pada masanya, pelanggan Pos Malaysia dinasihatkan menge- pos kad ucapan mereka pada atau sebelum 24 Ogos ini.

Ini tentang puasa. Bacalah !

Bismillah

A183
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. (Al-Baqarah 2:183) | A184
(Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui. (Al-Baqarah 2:184) |  A185
(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. 


(Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur. (Al-Baqarah 2:185) | A186
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. (Al-Baqarah 2:186)   A187
Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu. Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu mengkhianati diri sendiri, lalu Ia menerima taubat kamu dan memaafkan kamu. Maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu; dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib); dan janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu sedang beriktikaf di masjid. Itulah batas-batas larangan Allah, maka janganlah kamu menghampirinya. Demikian Allah menerangkan ayat-ayat hukumNya kepada sekalian manusia supaya mereka bertaqwa. (Al-Baqarah 2:187) | 
A188
Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya). (Al-Baqarah 2:188)
 A189
Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai (peredaran) anak-anak bulan. Katakanlah: "(peredaran) anak-anak bulan itu menandakan waktu-waktu (urusan dan amalan) manusia, khasnya ibadat Haji. Dan bukanlah perkara kebajikan: kamu memasuki rumah dari bahagian belakangnya (ketika kamu berihram) akan tetapi kebajikan itu ialah perbuatan orang yang bertaqwa; dan masuklah ke rumah (Kamu) itu melalui pintunya, serta bertaqwalahkamu kepada Allah supaya kamu berjaya." (Al-Baqarah 2:189) | A190
Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) agama Allah akan orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan peperangan); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang menceroboh. (Al-Baqarah 2:190) | A191
Dan bunuhlah mereka (musuh yang memerangi kamu) di mana sahaja kamu dapati mereka, dan usirlah mereka dari tempat yang mereka telah mengusir kamu; dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan dan janganlah kamu memerangi mereka di sekitar masjid Al-Haraam sehingga mereka memerangi kamu di situ. Oleh itu kalau mereka memerangi kamu (di situ), maka bunuhlah mereka. Demikianlah balasan bagi orang-orang yang kafir. (Al-Baqarah 2:191) | 
A192
Kemudian jika mereka berhenti memerangi kamu (maka berhentilah kamu); kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al-Baqarah 2:192)

A193Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah agama itu semata-mata kerana Allah. Kemudian jika mereka berhenti maka tidaklah ada permusuhan lagi melainkan terhadap orang-orang yang zalim. (Al-Baqarah 2:193) | 
A194
(Mencabuli) bulan yang dihormati itu ialah dengan (sebab membalas pencabulan dalam) bulan yang dihormati; dan tiap-tiap perkara yang dihormati itu (jika dicabuli), ada balasannya yang seimbang. Oleh itu sesiapa yang melakukan pencerobohan terhadap kamu maka balaslah pencerobohannya itu seimbang dengan pencerobohan yang dilakukannya kepada kamu; dan bertaqwalah kamu kepada Allah serta ketahuilah: Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa. (Al-Baqarah 2:194) A195
Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya. (Al-Baqarah 2:195)
 A196
Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah; maka sekiranya kamu dikepong (dan dihalang daripada menyempurnakannya ketika kamu sudah berihram, maka kamu bolehlah bertahallul serta) sembelihlah Dam yang mudah didapati; dan janganlah kamu mencukur kepala kamu (untuk bertahallul), sebelum binatang Dam itu sampai (dan disembelih) di tempatnya. Maka sesiapa di antara kamu sakit atau terdapat sesuatu yang menyakiti di kepalanya (lalu ia mencukur rambutnya), hendaklah ia membayar fidyah. Iaitu berpuasa, atau bersedekah, atau menyembelih Dam. Kemudian apabila kamu berada kembali dalam keadaan aman, maka sesiapa yang mahu menikmati kemudahan dengan mengerjakan Umrah, (dan terus menikmati kemudahan itu) hingga masa (mengerjakan) ibadat Haji, (bolehlah ia melakukannya kemudian wajiblah ia) menyembelih Dam yang mudah didapati. Kalau ia tidak dapat (mengadakan Dam), maka hendaklah ia berpuasa tiga hari dalam masa mengerjakan Haji dan tujuh hari lagi apabila kamu kembali (ke tempat masing-masing); semuanya itu sepuluh (hari) cukup sempurna. Hukum ini ialah bagi orang yang tidak tinggal menetap (di sekitar) masjid Al-Haraam (Makkah). Dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah; dan ketahuilah bahawasanya Allah Maha berat balasan seksaNya (terhadap orang-orang yang melanggar perintahNya). (Al-Baqarah 2:196)

AMARAN buat kita


Surah Al-Humazah

Bismillah


A001
Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji, (Al-Humazah 104:1)  


A002
Yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya; (Al-Humazah 104:2


A003
Ia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (dalam dunia ini)! (Al-Humazah 104:3


A004
Tidak! Sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam "Al-Hutamah". (Al-Humazah 104:4


A005
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia "Al-Hutamah" itu? (Al-Humazah 104:5


A006
(Al-Hutamah) ialah api Allah yang dinyalakan (dengan perintahNya), - (Al-Humazah 104:6


A007
Yang naik menjulang ke hati; (Al-Humazah 104:7


A008
Sesungguhnnya api neraka itu ditutup rapat atas mereka. (Al-Humazah 104:8


A009
(Mereka terikat di situ) pada batang-batang palang yang melintang panjang. (Al-Humazah 104:9


[SUMBER]