Dinner @ Fiske Steak House

Inilah aktiviti biasa setiap tahun sempena Hari Ibu. Kali ini makan malam di Fiske Steak House, Au2. Jemput datang semua tau. Hehe macamlah kedai saya...bukan bukan ia milik ex school mate saya dulu, Angah. Dialah bos merangkap chef in d' house.

Macam-macam gelagat anak-anak malam tadi. Tak pernah lagi bawa diorang makan western. Jadi sedikit kaku nak pegang garfu dan pisau. Makan pun ala-ala je...apa lagi jadi mangsanya ialah perot ibu juga.

Hidangan pencuci mulut menjadi pembuka selera - requested by Almustofa 
Too sweet...tak larat nak habiskan puding. Topping cream tu cepat je habisnya... 


Chicken chop for two - Aman dan Addin
Lamb chop grill for ibu...yummy tapi tak larat nak habiskan, kongsi dengan hubby :)
Bekerja keras Aman nak potong ayam....
Kesegaran udara malam dicemari oleh perokok bodo kuasa 1. Naseb bukan bodo kuasa 2 atau bodoh kuasa 3..
Fiske Steak House, AU2 

Maklumat lanjut:

Fiske Steak House AU2 (belakang Jusco AU2 dekat Kilang Pernec)

Waktu operasi:

Setiap hari KECUALI Isnin TUTUP.
Pukul 6pm - 12am.

Lawati Fesbuk Fiske Steak House[SINI]

0 comments: