Mac sudah tiba..

Berkongsi dengan apa yang dah aku taip kat jurnal di Bincang Dot Net

"Mac - kejap je dah sampai. Kesian mereka yg beday 29hb Februari terpakse celeb beday 1 mac...x pelah tarikh keramat korang terlalu istimewa.2012 baru boleh jumpa tarikh 29hb Februari sabar jelah


Mac - kata minggu ni nak xm penempatan kelas bg darjah 1 SKTS..my dear Luqman ada inform mulut tp tarikh dan surat cikgu tak de inform lagi.Alahai lepas ni nampaknye kalau bertukar kelas tak dpt lah aku nak sms dgn cikgu wana, guru kelas die yg cute tu utk tahu pkembangan pbelajaran kat sekolah.Juga x leh dpt 'laporan' drp classmate die dina dan izzul...mmmmmm harap die buat yg terbaik

Mac - Alfatih baru nak melaju ke depan meniarap. Kalau aku letak kiri kanan bantal untuk sendal drp die pergi ke merata lantai mesti abang2 nye ckp adik kene kurung.Once die dpt keluar siaplah habis buku,mainan abang2 jd sasaran.Hari tu Luqman tidur dekat sebelah die, kaki Luqman dijilat nya..adoooooi sabar jelah.Ibu x dapat 60minit menghadap muka adik je, have to masak2, kemas rumah,dll so harap abang2 tolong ibu jaga adik.Kalau aku duk kat dapur dengar abang2 riuh main dan diselang seli dgn gelak die mcm ke die sedang bermain sama.Pada hal die baring sorang je kat toto sambil memerhati abang berlari main..mesti dlm hatinya x sabar nak berlari sama.hahahha meriah..mmg meriah...4 hero tuh

Mac - Alfatih akan genap 6bulan...mmmm sudah tiba masa untuk makan makan

Mac - cuti sekolah lagi kurang 2 minggu.Horey...ibu yg terlebih excited drp anak2.Bukan plan nak g jalan2 pon saje suke suki lepak santai kat rumah sambil mjadi tarzan dgn anak anak..hahahaha

Mac - mmmmm pelagi ek...will continue kalau jenel ni x close. Hope hari2 mendatang BDN akan kembali ceria.."


Jangan marah ye.Orang malas menulis main copy paste je ni :)
Kalau sudi bacalah lagi

*** kalau anda tidak dapat membaca silakan daftar dulu ye ***
(pomot jugak lah ni.hehe)

Rangkuman: Tahun baru nan indah

Sekolah baru..
Tahun baru 2010 sudah melapangkan tirai jendelanya...Alhamdulillah meningkat setahun lagi umur kita dan masih dipinjamkan Allah usia untuk berkelana di dunia fana ini. Tahun ini genap 7tahun dan 5tahun usia Muhammad Luqman dan Muhammad Almustofa. Masing-masing telah pun memulakan alam persekolahan yang baru di sekolah masing-masing. Terasa sibuknya kali ini melayan karenah mereka untuk ke sekolah dan terkial-kial jugalah aku nak menjadualkan diri dengan suasana baru ini.Alhamdulillah sangat-sangat kerana hubby ada di sisi dan dapat membantu menguruskan anak-anak dan persekolahan mereka.Terima kasih Abang..kalau dibuatnya dia kena travel huh pengsanlah aku sengsorang...
SK Setiawangsa
Tadika Ummu Ain

Orang baru
Alhamdulillah setelah menanti lebih setahun untuk bercahayamata, kedua biras saya telah mengandung. Jelas keceriaan di wajah keduanya kerana bakal bergelar ibu akhirnya. Memandangkan setakat ini cucu nenek dan aki 1/9 sahaja ialah perempuan, kami berharap akan lahirlah puteri menyeri keluarga. Setakat ini anak Kak Amah, Nurul Izzati bertahan sebagai satu-satunya heroin dalam keluarga Hj.Daud. Bagaimanapun bagi kedua bakal ibu, masing-masing tidak kisah pun mana-mana jantina dilahirkan.Melahirkan anak dengan selamat dan sihat menjadi impian utama.Sedikit pengalaman lalu saya ceritakan sebagai panduan keduanya.

Adik ipar baru
Beberapa hari lagi adik aku Mamat aka Nurul Faies akan naik pelamin bersama pilihan hatinya Lily Haryati di Muar. Insya Allah Ahad ini akad akan disahkan dan menyatukan 2 hati yang bertunangan hampir 2 tahun ini.Kalau ada yang masih ingat, Mamat ialah adik lelaki saya yang pernah saya ceritakan di dalam posting saya tentang kemalangan yang menimpanya pertengahan tahun lepas.Kalau dikenang kembali saat-saat sedih itu, memang tidak menyangka rahmat dan ihsan Allah Taala berikan itu bakal diganti dengan kegembiraan pada 10hb Januari ini.Satu tarikh yang cantik 100110...semoga hari bersejarah ini menjadi kenyataan dan berjalan lancar dengan redha Ilahi.

Saudara baru
Majlis jemput menantu disebelah Raub bakal diadakan 6hb Feb nanti.Insya Allah. Dan dijadualkan 2 pasang pengantin akan naik pelamin sekaligus.Keduanya adik lelaki saya dan 2 itulah aje hero dalam keluarga kami.Adik kepada Mamat, Taufik memilih seorang saudara baru sebagai bakal isterinya. Alhamdulillah berat tanggungjawab yang harus digalasnya sebagai seorang suami.Bukan sahaja untuk mengemudi rumahtangga bahkan mendidik seorang saudara baru ke jalan Islam seperti yang dituntut oleh Allah Taala.

Penangan drama Nur Kasih di tv3 nampaknya memberi tempias kepada realiti hidup ini. Taufik memilih nama Nur Amina sebagai nama baru kepada Joyce seorang gadis berketurunan Iban berasal dari Sarawak. Alhamdulillah dan tahniah buat Nur Amina! Semoga hidayah Allah menyinari hidupnya sebagai seorang muslim.

Aku, anak-anak dan cuti sekolah

Lama betul aku tak updet blog. Sementelah cuti sekolah, aku pun cuti berblog. Hehe tidak lah begitu, tetapi sebenarnya tiada idea untuk menulis. Menulis sesuka hati dan merapu bolehlah. Tetapi menulis untuk 'sharing for caring' agak payah...

Cuti sekolah kami sekeluarga tidak kemana-mana pun. Balik kampung pun tidak. Hubby pun tiada di Malaysia sekarang, jadi aku pun duk melepak di rumah dan kereta sejuk di pakir. Itulah malangnya jika isteri tidak tahu memandu kereta. Memang hendak menyambung balik pengajian yang tertunda bertahun dulu, tetapi masa selalu menghadkannya...(heh alasan je tu)

Seminggu dua ini agak aman dan tenang kerana aku sudah mampu menahan suara dan nafsu marah kerana keletah anak-anak. Ada juga ketika yang hampir hendak meletup nasib baik tidak berterusan. Beberapa minggu sebelum aku hampir setiap hari hypertension kerana anak-anak yang bermacam keletah dan karenah yang membeban jiwa. Hobi memanjat mereka kadang sampai peringkat menyakitkan diri masing-masing tetapi tidak pernah serik untuk memanjat lagi. Nak dikatakan hyperaktif, rasa-rasanya tidak lah terlalu hyper tetapi mereka memang aktif. Hendak dibiarkan sahaja takut jatuh nanti sakit, jadinya ibu terpaksa menjadi tarzan.

Kata orang tak elok cakap jatuh. Contohnya "jangan panjat nanti jatuh,sakit...". Mulut ibu seperti doa. Maka, tidak lama kemudian mesti anak akan jatuh. Akhirnya aku membiarkan mereka memanjat dengan syarat supaya berhati-hati, jangan main tarik kaki ketika abang/adik memanjat dan sila bertanggungjawab atas perlakuan/tindakan yang dilakukan. Dalam hati aku berserah kepada Allah supaya tiada perkara tidak elok terjadi. Huh...tak pasti berkesan atau tidak, selepas itu mereka memanjat suka hati tanpa sembunyi-sembunyi di belakang ibu. Tetapi semasa mereka memanjat aku buat-buat tidak nampak supaya mereka tidak berasa bangga berada di atas.

Kemudian mak abah aku datang tidur di rumah. Bising mulut abah melihat cucu-cucunya begitu suka memanjat. Akhirnya, suatu malam Luqman terjatuh, tetapi dia tidak menangis. Senak perutnya menahan sakit. Hati aku terasa sakit melihatnya begitu. Apa nak dikatakan lagi? Akhirnya aku beritahu dia..."nampaknya ibu terpaksa tidak membenarkan Aman memanjat lagi sebab, tidak dapat bertanggungjawab terhadap tindakan sendiri dan tidak berhati-hati ketika memanjat. Kalau abah tiada dan atuk tiada siapa nak hantar ke klinik?" dia diam sahaja. Beberapa ketika dia dan Almustofa masih cuba memanjat. Namun beberapa hari ini mereka sudah tidak aktif memanjat. Sama ada sudah bosan dengan aktiviti itu, sudah termakan dengan kaedah psiko ibu atau sebab yang mana satu tidak lah aku pasti. Alhamdulillah semoga ada istiqamah dalam tindak tanduk kami yang baik ini...

Faktor rumah atas dan kurang melakukan aktiviti luar rumah mungkin penyebab anak-anak mencari sesuatu yang mencabar untuk memenuhi sifat suka bermain mereka. Sebagai ibu aku sedar tetapi aku pulak jenis yang suka menghabiskan masa di dalam rumah sahaja. Seusia mereka rasanya aku juga lebih nakal dan lebih 'adventure' dalam meneroka dunia kanak-kanak. Almaklumlah anak kampung dan tinggal di kampung yang memiliki sungai yang cantik dan bersih dan pokok-pokok yang tinggi dan rimbun yang sesuai untuk memanjat. Sayang keadaan sudah berubah. Sungai juga sudah tidak sebersih dulu. Kemunculan pelbagai permainan baru mengalih minat kanak-kanak dan para ibu bapa seperti aku juga lebih suka jika anak-anak bermain video game dan Internet di rumah dan berada di depan mata berbanding merayau di luar rumah yang penuh dengan risiko yang mengundang risau di hati.

Alhamdulillah minggu lepas pula anak-anak berpeluang mengikut Tok Chu mereka ke Port Dickson melihat sepupu tamat latihan KAGAT. Ramai yang pergi sama. Nenek, mak long, mak ngah, Tok chik sekeluarga dan sepupu sepapat sehingga mereka menyewa 2 chalet 3 bilik selama 3hari 2malam di sana. Berdekatan pantai sememangnya mengundang keseronokan dan kegembiraan berganda apabila dapat bermain pasir di pantai dan mandi di kolam resort penginapan. Diberitakan oleh mak saudara mereka, anak-anak aku Luqman, Almustofa dan Salahuddin semua dah pandai berenang. Alhamdulillah ...iyer ke? Semacam tidak percaya pula. Mak mertua menyampaikan pesan, ajarlah anak-anak seperti mana nasihat rasulullah supaya mengajar anak 3 perkara iaitu memanah, berenang dan menunggang kuda. Aku tersenyum sahaja mendengar pesanan itu. Insya Allah....

Rangkuman kisah

Betulkan yang bisa, biasakan dengan yang betul

Ini tagline pengacara di dalam salah satu segmen program Alhidayah iaitu program keagamaan TV3 pada setiap hari Jumaat pukul 1 tengah hari. Aku suka tagline tu. Kebiasaan kita semua susah untuk mengubah sesuatu yang sudah menjadi tabiat (habit) sejak lama biarpun hakikatnya ia salah. Tidak kira dari sudut mana satu pun jika bertujuan kebaikan sepatutnya kita perlu berlapang dada menerima perubahan. Hatta di dalam sudut agama juga jika selama ini kita hanya bertaklid buta menerima ajaran dari guru/ibubapa kita sejak lahir atau kecil kita harus memperbanyakkan diri dengan ilmu dengan belajar supaya apa yang kita lakukan atau buat selama ini kita benar-benar faham sebab dan musababnya. Bila ilmu penuh di dada kita juga tidak akan mudah terpengaruh dan diperdaya dengan ajaran sesat dan pandangan jumud terhadap Islam. Moga aku pun dapat mengubah diri ini daripada kebiasaan yang tak berapa betul kepada yang lebih betul. Amin

Riak ke saya?

Seseorang menegur saya kerana meletakkan foto repot kad Luqman di dalam fesbuk. Album tersebut sudahpun saya padam. Pokoknya saya cuma hendak berkongsi perasaan sebagai seorang ibu apabila menerima keputusan anaknya. Di samping itu saya berharap mendapat pandangan kawan-kawan dari kalangan guru bagaimana hendak membantu membaiki kelemahan yang ada. Setelah berfikir ada betulnya. Banyak lagi cara yang saya boleh fikirkan untuk membaiki kelemahan dirinya kerana dia anak saya dan saya ibunya. Sebagai ibu seharusnya saya lebih faham selok belok diri anak sendiri. Betul tak?? Kata seseorang tersebut, keputusan yang buruk itu mungkin akan mengaibkan dia dan jika elok pula ia mungkin akan menimbulkan riak di dalam hati saya. Mmmm maaf saya tidak pernah berfikir untuk riak. Kadang kala yang kita kata bukan itu mungkin juga ya, riak. Jika saya bangga sekalipun tidak salah saya berasa demikian kerana setiap ibu bapa pasti bangga dengan kejayaan anak mereka. Persoalannya perbuatan menunjuk-nunjuk itulah yang tidak bagus. Sekali sekala memang elok kita ambil kisah pandangan orang lain. Kita selalu dengar orang bercakap, pedulikan pandangan orang asalkan aku bukan seperti yang dikatakan. Memang benar hanya Allah sahaja yang tahu apa terselindung dalam hati seseorang itu tetapi tidak salah berlapang dada menerima pandangan orang. Jika saya berharap hendak menjadi ibu yang lebih baik pada masa depan tidak salah menerima teguran tersebut kan???

Buai dan tempat henjut bayi

Semasa membuat pemeriksaan dengan doktor di klinik, Alfatih saya serahkan kepada hubby untuk mendukungnya. Sambil memeriksa, Doktor Wan Kamariah menjawab beberapa pertanyaan saya tentang masalah dalam wanita. Kemudian dia menegur hubby yang sedang mendodoikan Alfatih. "Salah cara itu. Itu boleh mendatangkan gegaran kepada bayi dan menyebabkan pendarahan dalam otak". Sebenarnya hanyunan bukan kuat mana pun, tetapi menghenjut di bahagian kepala adalah tidak dibenarkan. Selain itu buai dan tempat henjut bayi (tak tau panggil apa tapi seperti dalam gambar dibawah) juga boleh mendatangkan mudarat jika digunakan/henjut secara kuat sehingga menyebabkan gegaran. Anda boleh mendapatkan bacaan lanjut tentang bahaya penggunaan buai dari sini. Walaupun kami tidak pernah menggunakan buaian tetapi mendodoikan anak-anak ditangan secara hanyun dan henjut juga boleh mendatangkan mudarat rupanya. Nauzubillah. Sekali lagi mari kita betulkan yang biasa dan biasakan dengan yang betul (pinjam tagline Alhidayah).

Aku dan saya

Sekejap-sekejap guna 'aku'...kejap-kejap guna 'saya' pula. Itu ganti nama yang saya guna dalam penulisan blog ini. Kekadang semasa menulis tidak sedar mana satu digunakan. Bila semak balik, baru perasan. Sebetulnya saya menulis mengikut kata hati ketika itu. Hehe boleh tak bagi jawapan macam ni? Dengan kawan-kawan pun ada sesetengah saya guna aku bila bercakap termasuk dengan adik beradik. Pernah sekali, dengan kawan-kawan saya bercakap guna ganti diri 'saya', tiba-tiba seorang dari mereka menempelak saya supaya jangan guna 'saya' tetapi gunakan 'aku'. Alasannya 'saya' itu terlalu sopan. Apapun aku atau saya atau lain-lain perkataan yang sewaktu dengannya bergantung juga kepada keadaan semasa dan dengan siapa digunakan. Ada setengah yang lain berpendapat 'aku' terlalu kasar untuk digunakan. Maaf jika anda berpendapat saya kasar dalam berbahasa....:)

Gulai tempoyak ikan patin

Semasa kunjungan Najwa aka Uminaj (blogger dapurumi.blogspot) ke rumah saya, Has dan suaminya Alias mengirim bersama semangkuk (sebenarnya penuh seperiuk) Patin masak tempoyak. Sementelah mereka tidak dapat turut sekali ke KL sebab Alias terpaksa berkerja. Alhamdulillah memang best dan sedap. Ini kali pertama aku makan selepas habis pantang. Nasib baik Alfatih tidak meragam perutnya sebab ibu makan banyak. Hehe...mungkin berkat air tangan si tukang masak yang berzikir sambil memasak kut..Apa pun buat Has dan suami terima kasih daun keladi. Insya Allah kalau diizinkan Allah kami pula akan berkunjung ke Temerloh. Bila? ..(hanya Allah yang tahu)


Gulai ikan patin masak tempoyak pemberian Has

Ikhlas kerana Allah dan bukan kerana manusia

Semalam terdengar satu segmen agama di radio IKIM. Segmen apa, tak pasti. Yang menarik perhatian saya seorang pemanggil bertanya kepada ustaz bagaimana jika seseorang itu malas hendak berbuat kebaikan jika ianya dilakukan hanya kerana manusia. Jadi dia menangguhkan dulu sehingga dia betul-betul akan melakukan perubahan tersebut bila sudah terbuka hati untuk membuatnya kerana Allah Taala. Pemanggil itu memberi contoh soal memakai tudung/menutup aurat.

Menurut ustaz tersebut ada pandangan yang mengatakan tidak mengapa membuat kebaikan kerana manusia. Contoh menutup aurat itu ialah wajib dan mesti dilakukan. Menunggu untuk ikhlas berbuat kerana Allah mungkin mengambil masa yang lama sedangkan perkara itu tuntutan syarak. Tetapi, dalam masa yang sama kita harus belajar untuk menimbulkan keikhlasan dalam diri supaya perbuatan baik kita dibuat kerana Allah Taala. Bukan hanya dalam aspek menutup aurat, mungkin kita boleh luaskan skop ikhlas ini dalam bersedekah, membantu orang susah dan lain-lain lagi. Insya Allah moga lama-lama nanti akan terbit ikhlas dan hidayah daripada Allah di hati-hati kita semua...

Repot Kad Aman

Hari ini Luqman membawa Buku Laporan Prestasi aka Kad Repot (bahasa masa sekolah2 dulu).. Alhamdulillah tamat akhirnya sekolah tadika anakku yang sulung itu. Dia memperoleh kedudukan 14/19 di dalam kelasnya. Insya Allah minggu depan Rabu malam Khamis akan diadakan majis graduasi / konvo tadika. Huh malam lah pulak diadakan majlis tersebut. Menurut seorang kakak yang anaknya turut bersekolah di tadika yang sama, inilah kali oertama diadakan pada sebelah malam. Sebelum ini anak-anaknya diraikan disiang hari. Tak mengapalah, tetapi sesudah selesai majlis kami akan bertolak balik ke Jengka 14 untuk kenduri akikah Alfatih keesokan harinya. Insya Allah.

Inilah keputusan Muhammad Luqman...
Perbezaan pada jumlah murid 27 kepada 19 orang itu disebabkan selepas peperiksaan pertengahan semester, kelas dirombak mengikut prestasi murid-murid.
(alamak gambar tak boleh nak resize dekat edit. Di belah kanan tu ada gambar cikgunya.Maaf ye)

Inilah rakan sekelas Muhammad Luqman di Tadika Ummu Ain. Insya Allah tahun depan Almustofa, 5 tahun akan bersekolah di tadika ini juga.

Terima kasih buat semua tenaga kerja Tadika Ummu Ain di atas pengajaran yang cemerlang dan tulus ikhlas kepada anak-anak didik. Semoga terus cemerlang, gemilang dan terbilang di masa-masa akan datang. Nak tahu tentang tadika ni, klik pada gambar ya...:)

Aduhai...Begitu rupanya

Pagi ni hantar Luqman pergi menunggu bas sekolah macam biasa. Semalam dia menangis dapat tahu kami breakfast dengan nasi lemak. Jadinya aku dah janji akan belikan nasi lemak sebagai bekal hari ini. Punya bersemangat dia berlari menuju ke tempat menunggu bas. Kedai yang menjual nasi lemak pula hanya bersebelahan. Malangnya tiada jualan nasi lemak pagi ini. Aku sendiri pun dah membayangkan kalau ada sambal kerang nak beli barang sedikit untuk makan tengah hari.

Aku terlupa. Kebiasaannya, pada hari Rabu memang Mak Cik menjual nasi lemak tidak buka kedai. Disebabkan sudah jarang berbeli dan bercuti panjang lalu aku terlupa kebiasaan tersebut. Kedai tersebut hanya menjual kuih sahaja pagi ini. Tiada rotan akar pun berguna. Aku pun belilah karipap 2 biji dan sebuku donut. Malangnya Luqman menolak. Dia mahukan nasi lemak juga. Alhamdulillah kedai runcit berdekatan yang selalu buka lewat, dibuka awal hari ini. Lalu aku ke sana membeli Twiggies perisa coklat sebungkus. Hurmmm baru dia menerima dengan berlapang dada. Dalam hati geram juga dengan perangainya itu.

Sambil menunggu bas, aku berbual dengan seorang bibik dan 3 orang anak asuhannya. 2 daripadanya perempuan dan bersekolah tadika yang sama dengan Luqman. Aku bertanya kepada si kakak, dia mendapat nombor berapa di dalam kelas. Nombor 3 jawabnya. Bibik memberitahu, peperiksaan yang lepas dia mendapat nombor 1. Hurrmm cerdik budak perempuan itu. Lalu aku bertanya macam mana Luqman di dalam kelas dan sepanjang minggu peperiksaan. Dia bercerita Luqman malas menjawab soalan. Bila orang dah siap menjawab dia masih menulis. Akhirnya cikgu terpaksa duduk sekali untuk membantu dia selesaikan menjawab kertas soalan.....Tambah budak perempuan yang aku tak tahu namanya itu, Luqman juga suka bermain dan selalu dimarahi oleh cikgu.

Dengan cerita itu akhirnya terjawab persoalan ibu dan abah tentang keputusan peperiksaannya baru-baru ini. Aduhai....Begitu rupanya, tapi aku bukan risaukan tentang keputusan tersebut tidak mencerminkan prestasi sebenarnya. Aku yakin dia boleh buat, tetapi dengan bantuan sedemikian tidak termampu oleh semua guru hendak melakukannya....Bagaimana tahun hadapan dia akan menjalani alam persekolahan yang sebenarnya????? Inilah yang paling aku risau...

Aduhai...sesiapa ada tips tak untuk menangani masalah anak sedemikian???Saya rasa Luqman perlukan bantuan untuk membuat segala kerja dengan cepat. Kalau di rumah dia juga begitu. Kalau dimarahi semakin lambat lah dia menyiapkan kerjanya kerana emosinya sudah terganggu. Kecuali, jika diugut untuk tidak dibenarkan menonton kartun atau bermain games. Atau juga ibu kena pegang rotan sebelah menakutkannya. Tapi, takkan sampai macam itu aku kena buat. Tak berapa munasabah dan takkan membantunya, betul tak?? Aku pun dah sampai tahap hypertension melayan karenah mereka yang pelbagai saban hari.

Selain itu, kalau makan nasi atau makan mee dia mengambil masa yang lama kadang-kadang itu untuk menghabiskan makanannya. Lebih-lebih lagi jika dia makan sambil menonton tv. Kadang-kadang hampir berjam-jam untuk habiskan makanan di dalam pinggan (mungkin juga faktor masakan tersebut bukan kegemarannya tetapi terpaksa makan kerana ibu suruh makan. Jika tidak nanti ibu tutup tv). Tabiatnya yang mudah menangis juga menyakitkan hati aku. Bukan kena cubit atau pukul pun. Tiada sakit di mana-mana pun. Mungkin hatinya sahaja sakit hehe. Bila nak suruh bukakan komputer kerana dia hendak bermain game menangis...Bila hendak menonton kartun tetapi tv aku tutup dia menangis...Hatta bila tak mampu melakukan sesuatu menangis juga...Tidak tahu nak buat kerja sekolah menangis juga...Aduhai

Bukan ibu dan abah tidak pernah memberitahu mana yang elok/patut dilakukan tetapi dia mengangguk sahaja. Tidak pun dia menjawab "Ya". Tetapi, hasilnya tidak memberangsangkan. Kalau sesiapa ada tips/cara/pendapat untuk saya membantu anak sedemikian silalah kongsikan di sini ya.. Terima kasih sangat-sangat....

Rangkuman kisah

Seri Puteri

Lama tak pergi SSP Cyberjaya. Adik aku Fatimah bersekolah di sana. Tak lama lagi dia nak menghadapi SPM dan katanya raya haji ni tak balik beraya. Huh...minggu lepas mak abah dan adik-adik yang lain dah pergi melawatnya di asrama. Aku??? Dia ayik bertanya bila kami nak datang..rindu lah tu kut dengan anak-anak saudaranya yang 4 orang ni..Aku masih mencatur masa dan waktu. Minggu lepas pergi Shah Alam, minggu ni ada kawan nak datang rumah...dari Ulu Kelang ke Cyberjaya kalau dekat boleh lah lari-lari ke sana sekejap. Nanti lah Timah..Ngah bincang dengan abang yer..

Keputusan peperiksaan akhir tahun

Luqman dah pun bawa balik kertas-kertas peperiksaan akhir tahun yang baru berakhir Isnin lalu. Alhamdulillah semua subjek ok. Straight A. OoOooO..**juling jap mata ibu** betul ke..Tak puas hati aku tanya "Aman jawab sendiri atau cikgu yang tunjuk?" "buat sendiri" katanya. Aku tanya lagi..." Cikgu bagitahu tak nak buat macam mana?" Luqman berfikir. lama. Dia ni memang susah sikit nak menjawab soalan. Aku tanya lagi "Cikgu cakap suruh buat ni dekat meja Aman atau dekat depan?" Dia jawab,"cikgu berdiri dekat depan" ..aku tanya lagi...(memang tak puas hati betul si ibu) "Aman buat dekat meja cikgu atau Aman buat dekat meja dengan kawan-kawan?" Dia berfikir sejenak lalu menjawab "Aman buat dengan kawan-kawan" Hurmm...

Bukan apa aku tanya banyak sangat sebab nak memastikan dia mampu berdikari atas pengatahuan/ilmu yang dia sudah perolehi sepanjang belajar di tadika. Kalau nak dinilai atas pandangan ibu di rumah, dia banyak bermain dan menonton tv. Kalau tutup tv dia akan bermain. Kalau suruh dia study, 10 mint je dia sudah siap membaca 1 buku. Ajaib kan..hehehe tak mengapalah harap-harap keputusan itu betul-betul menguji kemampuan sebenarnya...Nak tahu keputusannya??? Ni dia :
Jawi - 100%
PAI I - 98%
B.Melayu - 97%
Sains & Maths - 96%
PAI II - 92%
English - 86%
B.Arab - 81%

Telefon bimbit

Telefon aku rosak lagi..Ini kali ke 4 aku punya telefon bimbit rosak. Telefon bimbit pertama aku jenis nokia yang diberi hubby semasa awal perkahwinan kami. Ia rosak 3 tahun kemudiannya. Ke2 jenis apa ek..lupe pulak.Tapi pemberian adik aku menggantikan telefon nokia tersebut. Katanya telefon itu dia dapat percuma dari kawan dia. Alah telefon murah je...tapi tak kisah lah asal dapat guna untuk menelefon, sms dan menerima panggilan seadanya sepertimana telefon yang lain. Rosak setahun kemudiannya. Yang ke3 aku beli nokia juga. Yang ini mahal sedikit sebab boleh 3g. Tapi akhirnya ia kecundang ke tanah jua...*sob*sob*sob*

Yang terakhir motorola pemberian adik aku juga. Beberapa minggu lepas kecundang dimasuki air. Uwaaa....kini aku hanya menggunakan telefon rumah. Tak dapat nak menghubungi kawan-kawan lama. Sebahagiannya ada tersimpan di dalam simkad dan sebahagian lagi tersimpan di dalam telefon yang rosak tersebut. Apa aku nak kata kalau orang cakap aku ni tak ingat nak sms atau telefon mereka. Apa aku nak jawab kalau kawan-kawan cakap sombongnya aku sebab tak membalas sms mereka..Hanya aku yang tahu masalah aku. Kalau kebetulan memberi jawapan telefon rosak, simkad hilang, dan sewaktu dengannya mesti diorang tak berapa nak percaya kut. Masakan jawapannya sama. Takkan lah banyak kali betul aku mengalami kejadian yang sama kan??? *sob*sob*sob* Percayalah cerita benar aku ini kawan-kawan...please :( Maaf kalau aku ni menghampakan korang..sesungguhnya yang terjadi telah berlalu dan bukan lah atas kelalaian aku sepenuhnya....huhu

ReUnion dengan Wa

Minggu depan Najwa (aka UmmiNaj blogger dapurummi.blogspot) nak turun KL mengikut suaminya berkursus. Hampir 8 tahun kut kami tak berjumpa sejak grad dahulu. Laman fesbuk lah menjadi tempat pertemuaan hampir setiap hari untuk updet kehidupan masing-masing. Berangkat dari Sg.Petani pada hari Sabtu ini ke Temerloh dahulu untuk menjenguk rumah seorang lagi sahabat baik kami Hasnita. Semalaman di sana Ahad dia akan turun ke rumah aku pula di KL. Aku berharap dapat bertemu mereka nanti. Insya Allah, harap pertemuan semula ini berjalan lancar di bawah payung rahmat-Nya...Amin

Akikah Alfatih

Kali ini kami merancang mengadakan kenduri akikah di Jengka 14. Mungkin dilaksanakan sehari sebelum hari raya haji nanti. Perancangan awal hari raya ke-2, tetapi diubah kerana beberapa 'orang kuat' untuk kenduri kendara ada komitmen lain. Kami tidak kisah asalkan semua dapat hadir dan memberikan sokongan untuk melancarkan perjalanan majlis itu. Insya Allah..

Kuatagh'87 Family Day


Ahad baru ni Alhamdulillah kami sekeluarga menghadiri majlis perjumpaan semula rakan sekolah hubby yang diadakan di Bukit Cahaya Seri Alam (fka Bukit Cerakah). Perjumpaan yang julung kali diadakan itu dianggap diluar jangkaan kerana berjaya mengumpul hampir 200 orang termasuk anak-anak dan isteri masing-masing.

Perjumpaan semula ini amat meninggalkan kenangan mengusik jiwa memandangkan masing-masing sudah meninggalkan alam persekolahan sejak 20 tahun lebih. Kebanyakan dari mereka juga sudah tidak bertemu semenjak melangkah keluar pagar sekolah. Hahahaha...bayangkan lah, sudah pasti saiz fizikal, wajah dan penampilan juga sudah jauh berubah berganda-ganda bezanya. Bayangkan juga...ada sebahagiannya yang hadir bersama anak dara yang sudah bersekolah menengah dan tidak kurang masih lagi mengendong bayi seperti kami sekeluarga. Dalam pada itu ada juga beberapa orang yang masih menten cun dan hensem malah macho di samping isteri muda. Hehe..

Setiap orang hadir membawa potluck masing-masing. Aku hanya sempat menyediakan nasi putih bersama lauk daging hitam dan juga kuih lapis. Apabila dikumpul bersama-sama hidangan yang lain di atas meja, memang meriahlah dengan pelbagai jenis makanan yang aku lihat ala-ala makanan hotel pun ada. Mana taknya, dari makanan seperti nasi dan mee hinggalah kepada beraneka pencuci mulut dan daging kambing bakar. Alhamdulillah, memang mewah betul makanan hari itu hingga ramai yang menapau makanan untuk dibawa pulang.

Dalam hiruk pikuk bersembang dan menjalankan aktiviti untuk kanak-kanak, anak-anak aku juga tidak ketinggalan menunjukkan tingkah laku masing-masing. Aksi memanjat masing-masing menyebabkan Almustofa telah terjatuh dan nasib baiklah tidak mengalami apa-apa kecederaan. Malu juga dengan orang, tetapi nak buat macam mana, sabar jelah ibu...kalau di rumah tentu dapat dah 'ganjaran' nya...:D hehe

Lebih kurang jam 3 petang, masing-masing beransur pulang kepenatan tetapi dengan hati yang gembira. Alhamdulillah atas pertemuan tersebut dan semoga dipinjamkan usia oleh Allah Taala untuk perjumpaan seterusnya....Amin

Best Puppet Ever

40th Anniversary of Sesame Street40th Anniversary of Sesame Street

This is google's image today for celebrating Sesame Street 40th Anniversary. Wow it's awesome to see Cookie Monster on it! ahha..
40 Years and Still Counting
I grew up watching this puppet show and now it is one of my kids favvy cartoons series! they knew Cookie Monster, Big Bird, Elmo and Ernie. But....,they love Spongebob and Patrick Star more...hehehe..hahahaha

Feel free to click on the doodles from 4 -10 Nov '09 to get infos about this celebration..

Big BirdErnieHonkersZoeBert

At 32 I am still watching this show. I am still love it and I do feel it is good for my kids to learn. Am I a sesame mother????? hahahahaha..may be I have to explore some parenting tips at Sesame Parents....have fun ya!

Lagi lagi kuih




Fikir punya fikir, lama betul tak makan karipap buatan sendiri. At last, pagi semalam masak intinya dan petang itu juga menguli dan masak. Kali ini cuba buat karipap pusing memandangkan sebelum ini pernah buat tetapi tidak menjadi. Hurrmm percubaan kedua masih tak menjadi berpusing. Mungkin sebab tak masukkan shortening. Apapun inilah hasilnya, dan anak-anak makan pun berebut. Tak sabar nak makan, panas-panas terus nak cekau.








Pagi ni, teringin pula nak mencuba kek batik, tetapi bahan-bahannya tak cukup pula. Apa lagi aku pun pandai-pandai ubah sendiri mengikut kepala sendiri.Hehe...hasilnya maveles! mungkin rupa tak seberapa, tapi rasanya tetap menambat hati anak-anak. Nak kata mereka ni makan semua kecuali batu dan kayu tidak juga. Kalau tak sedap memang diorang akan cakap tak sedap atau makan sepotong lebih dari setengah jam...huh kalau mcm itu tandanya memang tak sedap. Hahahah ada pengalaman sebelum ini....

Untuk peminat kek batik inilah resepi yang saya ubah untuk santapan ketika diri dah tak menyempat nak membeli bahan-bahannya....hehe

Bahan-bahan:

Biskut kering (yang 4 segi tu)
Milo (saya tambah sedikit nescafe)
Serbuk koko (untuk menambah warna coklatnya)
Susu pekat
Marjerin rendah lemak (menggantikan butter)

Cara:
1- Cairkan marjerin dan masukkan milo serta serbuk koko
2- Masukkan susu sedikit sahaja sebab nanti manis sangat
3- Agak-agak dah pekat masukkan biskut yang dipatah 2 bahagian
4- Ratakan semua biskut dengan adunan. Angkat ke dalam loyang dan tekan dengan plastik/apa shj bagi memanpatkan biskut.
5- Simpan ke dalam peti ais. Apabila kek batik betul-betul keras boleh dikeluarkan. Kalau tidak cukup keras, setakat sejuk saje nanti lemau tak sedap dimakan. Rangup dimakan ketika baru dikeluarkan dari peti ais.

Hehe itulah resepi yang tak sama sedikit jer dari yang lain.Ketika malas atau bahan tak cukup, tetapi tekak rasa nak makannnnnn juga bolehlah mencubanya. Insya Allah sedap juga rasanya.....Bak kata tagline mee sedap kat tv tu, "Soal kata, lidah boleh bohong. Soal rasa, lidah tak boleh bohong.." -lebih kurang lah tu..hehehehe selamat mencuba!