*Salam Sejahtera*
Alhamdulillah istimewanya tarikh hari ini. Jatuh pula dihari Jumaat yang mulia. Suasana pun ceria juga. Ditambah dengan cuaca yang cerah dan angin sepoi bahasa yang beralun di jendela rumah saya di tingkat 10....melewati pandangan di jalan raya, seakan segalanya mengiyakan kata hati ini. Trafik yang lancar, senyuman mak cik penjual nasi lemak dan lambaian anak untuk ke sekolah. Alhamdulillah, syukur pada-Mu Allah kerana masih bernafas di muka bumi-Mu ini...
Google Image....