*Salam Sejahtera*
Setiap kali bulan Ramadhan pasti TV kita dipenuhi dengan pelbagai program menarik dan pengisian yang bersesuaian dengan tema. Program khas Ramadhan sudah semestinya juga menyuntik rohani penonton. Namun ada juga yang dilihat sekadar indah pada tajuk tapi suntikannya tak sentap sampai ke lubuk hati.
Kali ini ada 1 program bertajuk 'Kalamullah' yang dihoskan oleh bekas juara Akademi Alquran Ustaz Ahmad Tarmizi Hj Ali. Sambil makan sahur, bukalah saluran TV3. Siaran bermula 5-6am.
Kalamullah ialah program yang mengenengahkan bacaan Alquran oleh anak-anak Maahad Tahfiz. Selain bacaan secara hafazan, permulaan program dimulakan dengan pengenalan sekolah-sekolah tahfiz. Satu sekolah akan diperkenalkan dalam satu siri. Secara tak langsung, ini memberi kita pengetahuan tentang program yang ada di sekolah terbabit dan memberi pengetahuan kepada kita sekolah-sekolah maahad yang ada di negara kita.
Selesai bacaan surah, Ustaz Tarmizi akan menegur kesalahan dalam bacaan Alhafiz tersebut. Kemudian disusuli dengan pertanyaan soalan dari anak-anak Alhafiz yang lain berkaitan surah yang dibaca. Kemudian, Ustaz Tarmizi akan menjawab dan menjelaskan serba sedikit penerangan tentang ayat dan maknanya.
Menarik tau. Jangan lupa saksikan rancangan ini di rumah korang.
Siaran hari ini mendengarkan Surah yang disebut PENGANTIN ALQURAN. Pernah dengar tak? Betapa jahilnya saya. Ini pertama kali saya mendengar. Ia ialah surah Arrahman. Kenapa dipanggil pengantin Alquran? Ia disebabkan susunan ayat dan maknanya yang sangat indah.
Pengantin Al-Quran ini telah digambarkan dengan indahnya oleh Allah s.w.t dalam surah A-Rahman. Sungguh, kalimah-kalimahnya yang mempesona dan nasihat-nasihatnya yang agung menimbulkan kesan. Surah ini mengandungi pelbagai hiasan dan pakaian indah, mutiara, permata dan manikam. Allah s.w.t dengan indahnya melukiskan bidadari-bidadari yang solehah, jelita, tidak pernah disentuh, bersimpuh di atas hamparan permaidani indah. Sungguh Allah Maha Agung!
Sila baca selanjutnya di sini.
Arrahman bermaksud MAHA PEMURAH. Ada disebut nama Allah ini di dalam bacaan basmalah bersama 1 lagi nama iaitu Arrahim (MAHA PENYAYANG/PENGASIH). Tahu tak apa beza Arrahman dan Arrahim?
Arrahman
Selain berbeda pada maksudnya itu, Arrahman menjelaskan bahawa susungguhnya Allah itu MAHA PEMURAH terhadap seluruh manusia. Tidak mengira Islam ataupun bukan beragama Islam. Sebab itu kita lihat ramai bukan Islam yang kaya raya dan murah rezeki hasil sifat Maha Pemurah Allah terhadap hamba-hambanya.
Arrahim
Manakala Arrahim Allah berikan hanya untuk hambanya yang mengakui DIA sebagai tuhan dan pencipta. Yakni Allah MAHA PENGASIH terhadap muslimin dan muslimah.
Okehlah itu serba sedikit kutipan saya dalam program hari ini. Jangan lupa tau singgahlah sahur korang di rancangan Kalamullah:)