Showing posts with label TV3. Show all posts
Showing posts with label TV3. Show all posts

Review episod akhir drama Lambaian Ramadhan

Salam,

Berakhir sudah drama Ramadhan TV3 tahun ini yang berjudul 'Lambaian Ramadhan.

Puteri Balqis sebagai adik
Adik akhirnya meninggal dunia ketika solat terawih. Dia menghidap leukemia. Memang sudah dapat diagak endingnya bila adik buat permintaan macam-macam pada mama dan papa.

Scene akhir, mama dan papa baca surat peninggalan adik

Setiap ahli keluarga membaca surat yang ditulis sebelum Adik meninggal. Adik pesan supaya papa tak buat mama menangis lagi dan jangan kahwin dengan makcik lain. Adik bagitahu mama,  dia tunggu mereka sekeluarga di syurga. Surat kepada abang lupa pulak dia cakap apa tadi, tapi kepada abang Is adik ucapkan terima kasih sebab selalu membuat dia rasa gembira. Watak Is ni pun best. Dia sangat sayang kan adik dan cepat sensitif kalau ada apa-apa terjadi kepada adiknya. 

Walaupun drama ini best, tapi ia bukan drama terbaik Ramadhan yang pernah bersiar di TV3. Produksi kali ini terbitan Dato' A. Aida. Dia beruntung sebab mendapat pelakon hebat seperti Balqis, Elizad dan Ady Putra. Scene Elizad lempang Adam memang siut jer. Kemudian bila Adam jadi romantik memang cairlah hati perempuan. Mula-mula Ila jual mahal juga. Kemudian, anda sendiri boleh agak kan. Bila ada mainan isu suami curang, kita memang sakit hati jugalah menengoknya. 

Seperti drama Ramadhan yang lepas-lepas, wajib ada aksi sedih, konflik rumahtangga dan watak yang sakit. Klise. Lepas semua watak bergaduh bagai nak rak di awal episod, akhirnya mereka akan berbaik-baik, insaf dan watak yang memegang peranan sakit akan mati atau ending yang tak tunjuk watak tu mati tapi kita boleh agak camtulah akhirnya nanti. Macam watak Aeril Zafril tahun lepas dalam drama Hidayahmu Ramadhan.

Antara pelakon yang pernah bawa watak mati edisi khas Ramadhan ini ialah Tasha Shila dan paling saya suka watak Eja dalam drama Seputih Kasih Ramadhan (kalau tak silap). Antara watak antogonis paling best lakonan Ellie Suryati dalam Pada Syurgamu Ramadhan (yeke tajuknya?). Shila Rusly pun boleh tahan juga bila jadi mak mertua yang garang. Tidak lupa juga lakonan Ifa Raziah dan Syatilla Melvin.

Moga tahun depan ada lagi Ramadhan untuk kita. InshaAllah:)

Liga Lawak Superstar 2013: Final - OMG vs Apa Kasih Toq

Pada separuh akhir kedua malam tadi, Apa Kasih Toq dan OMG berjaya meneruskan perjalanan ke peringkat akhir dalam program Liga Lawak Superstar. OMG yang konsisten sejak awal dengan pungutan mata tertinggi merupakan pasukan favorite. Manakala Apa Kasih Toq yang kurang menyerlah di separuh akhir pertama minggu lepas berjaya ke akhir dengan pungutan markah yang agak tipis berbanding pasukan yang mendapat tempat ketiga iaitu Aku Diandra. Kalau ikut saya, saya lebih menyukai Aku Diandra. Cuma Apa Kasih Toq lebih beberapa mata pada markah SMS. 

OMG mungkin menjadi pasukan favorite juga di final yang akan berlangsung minggu depan. Persembahan Akim, Anas dan Sathiya seringkali mencuit hati dengan kelebihan masing-masing. Pada saya Akim kekuatannya lebih pada nyanyian dan popularitinya untuk meraih lebih markah sms. Manakala Anas kekuatannya lebih pada lakonan yang mana lawaknya yang spontan sangat mencuit hati. Namun, malam ini Fatimah Abu Bakar memberikan tahap 'poyo' untuk kumpulan mereka. Namun pada game terakhir mereka satu-satu kumpulan meraih tahap 'lawak superstar' malam ini. Sesuai dengan tagline kumpulan iaitu 'sempoi' , masing-masing sangat bersahaja walaupun dalam cabaran karaoke kakitangan yang mana kaki mesti dimasukkan ke dalam kotak berisi katak dan tangan dimasuk dalam bekas berisi ulat.Yaks!!!

Sathiya sebagai pelawak memang tidak dinafikan lagi kebolehannya. Mungkin pada awal dia bukan pelawak pilihan Akim dan Anas, di mana dalam episod pertama dia hanya satu-satunya pelawak yang tinggal setelah pasukan lain memilih pelawak-pelawak yang ada. Namun minggu keminggu, keserasian semakin terserlah di antara mereka. Beradaa di kalangan ahli kumpulan yang pandai menyanyi, kehadirannya sebagai 'perosak lagu' merupakan bonus kepada OMG untuk kelihatan lebih kelakar.

Saya menjangkakan OMG bakal menjadi juara LLS musim pertama. Para juri yang strict malam ini mahukan setiap peserta tampil dengan kreativiti dan persembahan yang lebih baik memandangkan hadiah juara ialah sebanyak RM250,000. 

Yang boring, yang tak boring

Tak pernah tonton drama Diandra. Malam  ni episod akhir. Tertengoklah sikit tadi sebab nak tahu endingnya. Sangat boring....tak sabar nak tunggu tamat.


Mungkin jiwa saya sudah tak sesuai dengan drama romantika dengan ayat jiwang yang sudah kedengaran sengal di telinga... Tua sangatkah saya? lalu tukar channel, menonton 7th Grade Civil Sevant....Boleh pulak saya senyum- senyum dan tergelak sorang-sorang...

Aidil dan Najwa kembali lagi??

Selepas beberapa siri, ingatkan adik cilik berdua tu, Najwa dan Aidil sudah 'pencen' tapi akhirnya mereka akan kembali beraksi malam ini di program lewat malam @TV3, Jangan Tidur Lagi.

Sebelum ini banyak komen dan kritik mengatakan ketidaksuaian gandingan pasangan kanak-kanak di dalam rancangan temubual tersebut untuk menemuramah jemputan dengan soalan-soalan hangat dan berbisa. Hemmm kecik-kecik udah pandai, udah besar nanti gimana pulak eaa??? oopppps

Mungkin....mungkin selepas postmortem dan kajian semula terhadap kehadiran pasangan itu, harap-harap ada penambahbaikan terhadap skrip dan penampilan mereka dalam menemubual artis dan figura yang dijemput. Kita pun faham, umum sukakan kepetahan Najwa dan Aidil, namun jangan diabaikan aspek budaya kita di mana anak-anak harus berbudi bahasa, dan bercakap sopan santun dengan mereka yang lebih dewasa. Kalau bukan kita yang dewasa memberikan contoh teladan yang baik, pastinya anak-anak akan terdidik mengikut apa yang diajar dan dilihat depan mata mereka.

Saksikan aksi Najwa dan Aidil menemubual Iwan, Nazrey dan siapa tah ada sorang lagi(perempuan). Pastinya diteraju utama oleh Adlin Aman Ramli, rancangan bermula 11 malam @TV3.

KAK AINA: Nak tengok Aidil dan Najwa temubual artis nasyid....Iwan dulu dikenali 'Iwan dangdut' tapi hari ini dah berhijrah sebagai penyanyi lagu-lagu ketuhanan...best jugak lagu dia. Selalu dengar di corong IKIM.Fm

Hanya di episod akhir

Malam ni Vanilla Coklat akan tamat siarannya di tv3 9mlm. Jadi, kalau tiada aral jom tonton episod terakhir untuk melihat kesudahan perkahwinan antara Aiman dan Izara. Mungkin melalui promo di tv kita sudah dapat mengagak-ngagak jalan ceritanya. Apa pun, kalau dah namanya terakhir, Kak Aina pasti takkan melepaskan peluang. Kalau tak, tengok promo pun jadilah. Hehe..dan, kalau melepas kena tunggu siaran ulangan atau menonton di tonton.com.my :)

Kalau bercerita bab program tv, yang tak syioknya, malam Rabu ni pastinya banyak yang menarik. Secret Circle, Teen Wolf dan tak lama lagi, Desperate Housewives final season akan ke udara. Nasib rumah akak tiada stesen berbayar, kalau tak lagi banyak channel yang nak ditonton. Alamatnya pening remote tv tu kene tekan-tekan...kejap kiri, kejap kanan...

Haih...citer pasal tv la pulakkk yer :D

KAK AINA: Banyak series baru muncul di tv tapi series lama yang dah masuk season baru tu tak de nak disambung tayangannya di Malaysia....ke rating kat sini tak bagus??? mmm..teringin nak tengok Lost musim terkini. Kalau nak tengok Lost versi Malaysia, tengok tv9 drama Pulau lakonan Bront, Amani dll. Drama tersebut diarahkan oleh Isma Yusuff dan bersiaran setiap hari Rabu 10.30mlm dan ulangan Ahad waktu yang sama..

Bunga-bunga syurga



Slot Zehra, TV3 menampilkan siri baru berjudul Bunga-bunga syurga, hasil karya penulis hebat Sharifah Abu Salem. Kalau hasil bukilan beliau, pastilah bersamanya produksi aktor tersohor Rosyam Noor, Suhan Movies.

Siapa menonton malam tadi? Episod pertama ni ok juga....Pengenalan kepada semua watak utama. Kak Aina berkenan sangat tengok Wawa Zainal bertudung melakonkan watak Safiyyah. Sebenarnya ini kali pertama akak menonton lakonan beliau. Sebelum ini hanya tahu namanya disebut di dada-dada akhbar dengan pelbagai kisah kontroversi dan disebabkan itu malas nak ambil tahu siapa empunya diri tersebut.

Namun, di dalam siri ini penampilan Wawa sangat ayu di sebalik hijab. Boleh celen Cik Lofa dan Cik Ta gitu:) hehe...yelah yelah, cantik atu subjektif. Lain orang lain pandangan matanya.

Apapun, bagi yang terlepas episod 1 ini sila ke tonton.com.my untuk siaran ulangan. Sinopsis cerita ini baca di sini.  Bunga syurga? Apa agaknya ye? mungkinkah merujuk kepada anak-anak? Jangan lupa tonton sampai episod akhir untuk tahu jawapannya...

KAK AINA: suka ending drama Suhan Movies mesti ada tag 'Terima Kasih Allah' ...

Ops Sikap 24 telah pun bermula

*Salam sejahtera*

Tadi MHI - TV3 membuat siaran langsung pelancaran Ops Sikap ke 24 dan Rumah Selamat 2011. Pelancaran oleh TKPN, Tan Sri Ismail Omar Datuk Seri Khalid Abu Bakar di Sri Pentas Bandar Utama. 

Operasi yang dah masuk siri ke 24, diharap akan mencapai misi dan visi untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Apapun semuanya bergantung kepada kita juga. Kalau semua orang berhemah memandu sepanjang di jalan raya, Insha Allah semua kejadian tak diingini dapat dielakkan. Kekadang kita berhati orang lain yang cuai.

Jangan tidur lagi: Rock Kapak

Malam ni set Jangan Tidur Lagi digempakkan dengan artis jemputan zaman rock kapak 90-an... Aisey men, terkenang zaman-zaman sekolah dulu bila dengar lagu-lagu derang. Artis malam ni ialah Man Bai dari kumpulan Gersang, Rahmat dari Mega dan Ali Terra Rossa( kemudian dia ada join XPDC kot)..

Zaman dulu diorang lah artis pujaan, hensem dan cute..now dah tua, dah beruban, tadek rambut dan berambut semakin panjang...hahaha transformasi yang sangat berbeza. Esok-esok kita dah tua pon cenggitulah jugak kan:P