Alhamdulillah hari Sabtu lepas pukul 9 malam suamiku selamat pulang ke rumah. Hampir sebulan tidak bertemu sememangnya menghambat rindu di dada. Anak-anak yang tampak mengantuk sejak senja tiba saya tahan supaya tidak tidur. Malam itu saya menyediakan masakan yang agak istimewa (sebab hari biasa masak simple jer) iaitu siakap stim, tom yam campur dan kailan ikan masin. Sebaik salam diberi dan wajahnya terpacul dimuka pintu, saya amat bersyukur kepada Allah. Kerisauan yang menghantui minda akhirnya terlerai dengan melihat senyuman manisnya. Kurus, mungkin kerana penat bekerja dan pemakanan yang tidak begitu memuaskan di sana. Belum sempat menghilangkan penat, suamiku mendapat assignment dari boss dan ia perlu di submit awal pagi esok juga. Alahai....malam minggu pun dapat kerja?? Kasihan dia terpaksa stayback sampai pagi!
KHASIAT DAN KELEBIHAN BATU LEKLAI, BESI LELEH, ATAU BUNTAT BESI.
-
[image: KHASIAT DAN KELEBIHAN BATU LEKLAI, BESI LELEH, ATAU BUNTAT BESI.]
Batu Leklai atau lebih dikenali sebagai Besi Leleh @ buntat besi dalam
bahasa M...
2 days ago
0 comments:
Post a Comment