OK ke KO? - Bantuan kecemasan di lebuhraya

Dua hari lepas adik saya bertolak dari Pahang ke KL untuk rawatan susulan di hospital. Untuk memudahkan perjalanan dia bertolak sehari awal. Malangnya, kereta dia telah mengalami kerosakan di tengah jalan. Tapi syukur, ketika itu dia telah sempat tiba di Hentian Rehat Gombak. Masa tu dalam pukul 9 malam. Bersamanya ialah isteri dan anaknya yang berusia 2 tahun.

Dalam keadaan risau dan stress dia menelefon saya mengadu masalah. Saya memintanya bersabar dengan ujian tersebut. Kemudian, saya mencari nombor telefon peronda lebuh raya untuk mendapatkan bantuan. Memandangkan kejadian berlaku di dalam lebuhraya Karak maka saya berikan nombor berikut:

TALIAN KECEMASAN DI HIGHWAY UNTUK BANTUAN KECEMASAN DAN KEROSAKAN

- Lebuhraya Utara Selatan ( PLUS ) - 03-2692 0000
- Lebuhraya Damansara Puchong ( LDP ) - 03-732 9222
- Lebuhraya Shah Alam ( KESAS ) - 03-733 7188
- Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah ( ELITE ) -03-531 8800
- Lebuhraya Kuala Lumpur- Karak ( MTD )-09-233 0100
- Lebuhraya Kulim - Butterworh ( BKE )-04-398 6969
- Lebuhraya Seremban - Port Dickson ( SPDH )- 06-632 3060
- Lebuhraya Kedua Malaysia-Singapura ( Linkedua )- 07-278 8000
- Jambatan P.Pinang (PBSB )-04-398 000
- Lebuhraya Sg.Besi ( BESRAYA ) - 1-800- 880999 

Bagaimana menangani anak kecil bila dapat adik baru?

Jawapan kepada soalan di atas:

Layankan ajelah...hihi. Macam adik saya yang baru melahirkan anak ketiganya baru-baru ni. Dibedung si kakak yang berusia 3 tahun tu dengan kain pelikat apabila diminta nak 'jadi macam adik'.

Kuntum nan sepi

Seandainya kita tinggal bersendirian di tempat yang asing, pasti sunyi dan sepi kan?  Semasa saya berjalan-jalan di tepi taman permainan di kawasan kediaman kami, saya terpandang sekuntum bunga putih yang cantik. Sayangnya hanya ada sekuntum. 
Apakah nama mu wahai kuntum

Wajah sebenar pengawal keselamatan yang membunuh pegawai bank


Dua gambar di atas saya ambil dari BLOG MAZIDUL...terjah ke sana untuk melibat lebih banyak gambar dan info berkenaan lelaki yang dikatakan kemungkinan dia ialah pengawal keselamatan yang membunuh pegawai bank Am Bank, allahyarham Norazita pada minggu lepas. Baca juga komen-komen di entri tersebut untuk mendapat pencerahan mengenai gambar dan info ditulis.

Kalau melihat pada status facebook lelaki bernama Ardi Ode Putra Katela, tak nampak pun dia seorang psikopat yang sadis. Sadis sebab kerana wang sanggup menembak mati. Kalau nak tembak pun, tembaklah tempat lain, kenapa mesti buat sampai berkecai? Seandainya seorang merompak kerana terpaksa, kerana desakan hidup pasti mempunyai sedikit perikemanusiaan terhadap insan yang lain. KECUALI dia psikopat yang mempunyai masalah mental yang serius. Sepertimana lelaki yang mengamuk dan menikam orang di LRT Gombak dan Taman Melati. Dia juga dikatakan lelaki yang baik. 

SERAM bila memikirkan kita hidup dikelilingi orang yang nampak baik luaran tetapi mempunyai hati yang kelabu, hitam dan gelap. Memang segalanya sudah takdir Ilahi, namun sebagai orang Islam kita ada cara untuk mencegahnya - AMAL MAKRUF NAHI MUNGKAR, jangan tinggal solat, banykkan membaca Alquran dan berzikir. Ini terapi baik untuk jiwa yang sakit. Insha ALLAH. Selepas usaha ini, berdoa dan tawakal untuk keselamatan kita dan ahli keluarga kita juga orang di sekeliling kita, negara kita!

Marilah datang meriahkan Ekspo Buku Islam Selangor di AU2

Ekspo Buku Islam sedang berlangsung lagi sehingga hari Sabtu ini. Meriah dengan pelbagai aktiviti, tapi masa saya dan anak-anak datang orang ramai, tapi taklah sesesak macam Pesta Buku di PWTC. Walaupun namanya Ekspo Buku Islam, yang dijual bukan hanya buku agama dan Islamik, bahkan ada juga novel semasa, buku resepi dan majalah ilmiah yang lain. Antara penerbit yang join ekspo ini terdiri PTS, Sinergi Ilmu, Karangkraf, Telaga Biru dll. Booth penuh satu dewan, tapi tak lah sepadat masa pesta buku. Diskaun mestilah ada dan buku-buku terkini juga boleh didapati di ekspo ini. 

Apa tunggu lagi, jom semak jadual aktiviti di ekspo buku dan datang ke sana pada masa lapang anda...Saya pun merancang untuk datang lagi. Seorang. Hehe, kalau bawa anak-anak tak aman nak memilih buku sebab bila mereka penat, cepat sangat ajak kita balik. Pantang jumpa buku dia berkenan semua nak beli. Bagusnya, anak tolong pilih buku untuk saya...

"Ibu, ibu tak nak ke beli buku ni?" Tanya anak saya Almustofa. Saya pegang buku tu..saya baca tajuknya. Terkedu sekejap.
Saya tak sempat snap gambar buku tu. Ambil dari Google image.

Panduan untuk blogger baru

Antara perkara penting yang mesti diambil perhatian oleh blogger baru ialah meletakkan iklan di dalam blog. Mungkin ada blogger yang blogging bukan kerana duit. Maka mereka tidak berminat dengan iklan, dan segala yang sewaktu dengannya. Fine.

Bagi blogger yang baru belajar menulis blog, sama ada kerana suka-suka atau kerana minat tetapi dalam masa yang sama ingin juga menambah pendapatan, maka bolehlah mendaftar dengan Nuffnang dan Churp Churp. Dua brand ini umpama adik beradik. Maksudnya, kedua iklan dari brand ini boleh berada di blog kita dalam masa yang sama. No conflict of interest! Nuffnang dan Churp Churp menyediakan iklan/kampen untuk dimuatkan di dalam blog/laman sosial kita. Ganjaran yang akan kita terima berdasarkan setiap klik dan jumlah pengunjug blog. Jika ramai yang datang, maka kencanglah akaun tabung korang.

Bagi yang berminat tu, bolehlah pergi ke website Nuffnang dan Churp Churp. Yang menariknya,  Churp Churp kini telah berwajah baru setelah makeover! Si burung comel ini merupakan simboChurp Churp.


The birdy looks purdy! 

Apa tunggu lagi, jom daftar Nuffnang dan Churp Churp.


Kepada blogger baru yang tidak berminat untuk menampal iklan diblog, apa kata ringankan tangan untuk support blogger dengan klik iklan di blog mereka. Kemudian, merajinkan diri blogwalking ke blog-blog untuk membaca tutorial, mencari follower dan mendapatkan tips-tips dan panduan lain yang berguna untuk menjadi blogger yang berjaya. Apa susah, Google sahaja.

*** Ini adalah panduan untuk blogger baru sahaja. Pemberitahuan ini secara umum dan bukan untuk manfaat blog ini sahaja. Harap maklum.

Jadual aktiviti Ekspo Buku Islam Selangor 2013

Ekspo Buku Islam Selangor maih lagi berlangsung di Dewan Serbaguna AU2 dekat dengan padang bola. Kalau korang pergi ke Jusco AU memang tak jauhlah dari situ. Kalau datang dari MRR2 Ampang-Ulu Kelang tu, lalu je depan GSK ..belok kanan masuk perumahan...cari klinik kesihatan... cari orang tepi jalan, beri salam dulu nak bertanya di mana dewan serbaguna. Hehe...Insha ALLAH bertanya tak sesat jalan. Tapi, apa susah kan, sahabat baik kamu Miss GPS ada di sisi, kan?

Ekspo yang dah bermula sejak Khamis lalu akan diteruskan sehingga Sabtu minggu depan. Jom semak jadual aktiviti untuk memudahkan kita mengetahui apa yang menarik di sana. Jom pergi. Insha ALLAH saya pun nak ke sana pagi ni dengan anak-anak. Kemudian petang, terus hantar mereka untuk latihan bola di Akademi Bola AU2 dekat situ je.
Klik gambar untuk lebih jelas

Malu bunting pelamin?

Awal bulan lepas sepupu saya selamat mendirikan rumahtangga. Dalam usia muda (24 tahun, isteri 23 tahun) dia berani untuk memikul tanggungjawab sebagai suami. Sebagaimana beraninya dia dalam memikul senjata di medan Lahad Datu menjaga kedaulatan negara diceroboh pengganas Sulu dahulu. Syukur tak lama selepas itu, sepupu saya yang juga 'ustaz askar' ni diberitakan oleh isterinya yang dia sudah pun hamil. Alhamdulillah... Bunting pelaminlah tu!

Memandangkan saat diberitahu hamil, usia perkahwinan mereka masih sangat muda. Mereka hanya sempat bersama beberapa minggu sebelum sepupu saya kembali bertugas di Tawau. Isterinya pula tinggal di semenanjung. Oleh yang demikian, tidak terlintas difikiran rezeki yang sampai itu, secepat ini.

Yang kelakarnya dia berasa malu pula. Malu-malu kucing lah tu... "Macam mana ni mak? Tak mengapa ke?" Itulah soalan yang menerjah ibunya di corong telefon. Saya yang mendengar cerita ibunya jadi tergelak sama. Masakan tidak, saya dahulu begitu juga. Perkataaan 'bunting' selalu kita merujuk kepada haiwan yang hamil. Untuk manusia kita guna perkataan 'hamil' atau 'mengandung'. 'Peknen' pula perkataan Inggeri yang dimelayukan ye...

Apa yang pelik? Hubungan mereka sudah halal dengan ikatan perkahwinan yang sah dan sepatutnya tiada apa perlu dimalukan. Sepupu saya malu sebab cepat sangat. Itulah rezeki namanya. Sebagaimana juga orang yang mengandung saban tahun. Kerana malu, dirahsiakan sehinggalah perut nampak barulah diketahui orang. Ada suami, apa nak kisah kan? Mulut orang bukan boleh ditutup.

Yang dah kahwin rasa malu, lagi pelik jika mengandung luar nikah tetapi tak ada rasa malu melakukan dosa. Buat adik sepupuku yag bakal menimang anak sulung ini, kakakmu ini mendoakan semoga bayi yang dikandung isterimu itu sihat sejahtera selalu dan akan lahir dengan selamat kelak. Insha ALLAH.

GST: Cukai kepada semua

GST? Semua orang sebut pasal GST..apa GST? Tetiba aje orang nak marah kerajaan, aku pun nak marahlah! Aku pun nak bantah GST!

Boleh?

Sebenarnya saya sendiri ada kekeliruan tentang GST atau goods  and service tax ini. Sebelum ini saya sebut G=government, rupanya goods. Maksud dalam melayunya, cukai barangan dan perkhidmatan. Bukan cukai kerajaan. Nampak? Kat situ pun dah nampak ada yang kurang pengetahuan. Macam sayalah tu... Ia kerana kurang membaca atau kerana tiada penjelasan kepada umum?   Err..saya kurang membaca kot

Jadi, bila kerajaan sudah memutuskan untuk melaksanakan pada 1 April 2015, ada yang bangkit membantah. 6%, banyak tu... Sudahlah harga gula ditarik subsidi, sekejap lagi harga barang naik dan ditambah dengan cukai baru tentu sahaja ia menekan rakyat marhaen macam kita kita, awak awak dan saya. Kalau awak masih meminta duit dengan mak ayah, mungkin tak tahu perasaannya penat lelah mengerah titik peluh dan otak sampai stress mencari sesen duit. Bagi yang sudah bekerja sudah tentu lebih faham, lebih-lebih selepas dapat gaji, semua duit akan dihabiskan untuk membayar hutang PTPTN, sewa rumah, lone kereta dll. Jika sudah berkahwin dan ada anak, duit nak membeli lampin anak, susu anak, bayar sekolah anak dll. Pendek cerita semua orang ada tanggungan masing-masing.

Sebenarnya kenyataan di atas ialah salah. Ya salah tentang GST. Rasanya bukan saya seorang berfikir demikian. Maka kita masih ada tempoh setahun lebih untuk difahamkan apa GST itu dan akhirnya menerima dengan rela... atau terpaksa rela.Jadi apa yang betul atau salah kefahaman kita tentang GST?

1- GST tidak dikenakan ke atas semua jenis barang. Barang tertentu sahaja. Jadi jelaskan apa barang yang ada GST dan tak. Kalau sesiapa yang tak mahu membayar GST bolehlah dia mengelakkannya. PM sudah memberitahu bahan makanan asas dan perkhidmatan awam tidak akan dikenakan cukai. Tapi, apa lagi?

2- GST bukan cukai baru dan tambahan terhadap cukai sedia ada. GST ialah cukai yang akan menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan pada masa kini. 

Berapa ye cukai jualan dan perkhidmatan sekarang? Sampai tak 6%? Haa...kalau ia kurang dari 6% dan GST nanti 6%, maka terbebanlah kita! Tapi, kalau cukai jualan dan perkhidmatan sekarang lebih 6% dan digantikan dengan cukai baru iaitu GST sebanyak 6% sahaja, maka ia mungkin membantu.

Itu apa yang dijelaskan oleh PM semalam. Rakyat sebenarnya perlukan lebih pencerahan dan banyak penerangan supaya boleh menerima maksud kerajaan untuk melaksanakan GST ini dan kami akan lebih bersedia apabila masanya tiba.

GST

Bajet: Apa golongan berpendapatan sederhana dapat?


Sebelum bajet 2013 dibentangkan semalam, saya berharap adalah 'sesuatu' untuk golongan berpendapatan sederhana. Jadi, selepas terhurai segala isi kandungan beg rahsia Datuk Seri Najib semalam, pertanyaannya: Apa manfaat terhadap golongan berpendapatan sederhana?

Mungkin ada yang menonton, dan mungkin tidak. Kalau menonton pun, asyik mengantuk macam sayalah bosan menunggu tak dan nak salin dan dengar sepenuhnya. Jom baca highlight di bawah.



bajet 2014

1) Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, hari ini mencadangkan kadar cukai pendapatan individu dikurangkan sebanyak satu hingga tiga mata peratusan bagi semua pembayar cukai untuk menambah pendapatan boleh guna.  
"Dengan pelaksanaan langkah ini, seramai 300,000 orang yang kini membayar cukai pendapatan tidak lagi perlu membayar cukai,"   - DS Najib.
Manfaat ini bagi golongan berkeluarga yang berpendapatan RM4 ribu sebulan di mana mereka tidak lagi mempunyai tanggungan cukai. Suka?
2) Kerajaan mencadangkan pelepasan cukai khas sebanyak RM2,000 ke atas pendapatan yang diperoleh dalam tahun 2013 bagi yang berpendapatan sehingga RM8,000 sebulan  
"Langkah ini akan memberi penjimatan bayaran cukai sehingga RM480. Kumpulan ini telah menikmati penjimatan cukai sehingga RM475 ke atas pendapatan yang diperoleh pada tahun 2013 semasa kerajaan mengumumkan pengurangan kadar cukai dalam bajet yang lalu," - DS Najib.

Bajet: Harapan adalah manfaat untuk golongan pertengahan

Pembentangan bajet tahun ini sememangnya dinanti-nantikan. Bagi penjawat awam , apa lagi kalau bukan bonus. Selain isu perumahan mampu milik, GST, hal berkaitan kebajikan rakyat  dll saya berharap adalah 'sesuatu' untuk kumpulan pertengahan seperti kami yang bekerja swata,  takde pencen, pembayar tegar cukai pendapatan, tak layak menerima BRIM dan yang sewaktu dengannya. Kalau namanya duduk bandar, gaji lebih 3k, anak ramai pastinya cukup-cukup makan. 

Alangkah best jika suri rumah pun ada mendapat habuannya. Hahaha...berangan sampai mati. 

Ok, bajet dah start kat tv. Buka ajalah channel mana sekalipun ada Datuk Najib berucap. Kalau suamiku dapat manfaat, bolehlah isterinya ini juga memohon bonus akhir tahun. Ahaks:)

Kalau warga negara kau kena tembak, kau marah. Bila depa buat jahat tembak orang kami, kau diam pulak!

WANTED
WANTED

Pengawal keselamatan yang menembak pegawai bank semalam dikhabarkan adalah warga asing. Dalam kejadian rompak dan tembak mati semalam, arwah sepatutnya tidak perlu ditembak. Dia langsung tidak melawan, mengikut kata saksi yang selamat. Dengan sikap kejam pengawal keselamatan tersebut, saya agak emo bila memikirkan dia ialah warga asing yang telah diambil bekerja menggunakan kad pengenalan palsu di negara ini. Saya sokong KDN tarik balik lesen operasi syarikat keselamatan yang menggaji pengawal keselamatan beridentiti palsu ini. Harap ia menjadi kesedaran keada pihak syarikat yang lain.

Menurut Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar, polis telah mengesan rumah suspek dan berhubung dengan isteri serta adiknya.

Adik suspek berkata, pembunuh itu berasal dari Sulawesi, Indonesia dan menggunakan kad pengenalan palsu. Mudahnya syarikat membekalkan pengawal keselamatan kepada bank terbabit dikelirukan selama kira-kira setahun. Bagaimanakah dia boleh diberikan hak untuk menggunakan senjata? Walhal syarikat menggajikan suspek, syarikat terkenal.

Suspek kini masih diburu.

Saya telah menjangkakan fakta itu dari awal, klik di sini.

Untuk pengetahuan semua, hanya warganegara Malaysia dan Nepal dengan pemit lengkap dibenarkan bertugas sebagai pengawal keselamatan di Malaysia. Warga INDONESIA berstatus penduduk tetap TIDAK LAYAK bertugas sebagai pengawal keselamatan di negara kita. [sumber]
Dan lagi..
Pada hemat saya, pegawai operasi Ambank di Subang Jaya, Selangor,  Norazita Abu Talib, 37 tahun, tidak perlu ditembak. Jika sekadar ingin merompak wang di dalam peti besi bilik kebal, pengawal keselamatan bank kini berstatus perompak hanya perlu mengacukan senjata pump gun digunakan ke arah beberapa kakitangan di sekitar, ambil wang dan kemudian beredar dengan segera.

Dilaporkan, ketika kejadian singkat itu berlaku, mangsa tidak melawan. 
[sumber]

Petikan berita lama di bawah:
SHAH ALAM - Penganalisis jenayah Kamal Affendi Hashim tampil mempertahankan tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung insiden tembakan yang mengorbankan empat rakyat Indonesia, Jumaat lalu. 

Dipetik dari sebuah portal, Kamal Affendi berkata, pihak luar khususnya tidak wajar mempertikaikan tindakan yang diambil atau dilakukan sesebuah kerajaan kerana ia adalah hak negara tersebut yang tertakluk kepada undang-undang negara masing-masing. 

Justeru katanya, kenyataan 'pedas' wakil Badan Nasional Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia (BNP2TKI), Moh Jumhur Hidayat yang menyifatkan PDRM sebagai pengecut kerana menembak mati rakyat mereka amat tidak wajar sama sekali.

Gambar terkini Putera George Alexander Louis


Prince George is held by his father Prince William as they arrive at Chapel Royal

TAHNIAH adikku, selamat datang ke dunia, puteri:)

Alhamdulillah...tambah berseri dan makin lip lap 'dunia merah jambu' saya. Akhirnya anak saudara yang ditunggu sudah lahir. Comel sangat.

TOLONG PADAM/JANGAN SEBARKAN GAMBAR ARWAH...PLEASE!

Pagi-pagi lagi saya adik beradik sibuk cit cat di Whassap sebab seorang adik saya sudah hampir melahirkan anak ketiganya di hospital Kajang. Ketika entri ini ditulis, beliau masih di dalam labor room bertarung nyawa. Semoga Allah memudahkan proses kelahiran anak saudaraku itu.

Dalam sibuk kami berbual adik beradik, salah seorang adikku yang bekerja di bank memfowardkan berita sedih kejadian rompak dan tembak mati pegawai bank semalam. Adikku siap foward gambar ic suspek dan simati. saya menegurnya, 'macam polis'. Dia menjawb dia sekadar menunjukkan gambar ic, sedangkan ada lagi gambar ngeri yang diterima di dalam inboxnya hasil kiriman kawan-kawan. Saya melarangnya melihat gambar tersebut kerana khuatir dia terfikir dan terbawa dalam tidur. Sementelah dia sedang hamil 5 bulan. 

Adikku yang lain pula menambah, info tersebut sudah menjadi macam virus kerana ramai pemilik akaun fesbuk foward antara atu sama lain. Saya kata biarlah sebab penting kerana suspek masih berkeliaran. Orang awam perlu tahu supaya info dapat disalur kepada polis. Kemudian dia menambah lagi, jika gambar suspek, tak mengapalah tapi  jangan dipapar sekali gambar mayat dalam keadaan menyedihkan itu. Kasihan keluarga arwah.

Susah nak cakap sebab tak tahu niat orang yang berkongi gambar tersebut. Itu kita dikalangan rakyat marhaen, bagaimana jika media yang melaporkan? Kalau wartawan dan akhbar papar gambar ngeri atau mayat, gambaran seolah-olah mereka tidak sedar sensitiviti kepada keluarga yang terlibat. Adapun di situ cara mereka mengaut untung dan untuk menarik pembaca. Walaupun bukan semua, kadang-kadang ada kes yang terlepas siar juga. Kalau disoal kenapa, jawabnya sudah itu kerja mereka. Bagai mana pula kita? kita bukan wartawan pro, amatur pun bukan. Tentu boleh kita letakkan diri di tempat keluarga mangsa dan merasa bagaimana perasaan mereka. Soalan terakhir, jika semua pihak paham sensitivitinya, bagaimana gambar off record boleh terlepas siar kepada umum?

Tak lama tadi, adikku beritahu pula, ada permintaan dari pihak keluarga arwah supaya tidak memanjangkan gambar yang telah terlepas siar. Ini bagi menjaga hati dan perasaan keluarga mereka yang kesedihan. Alfatihah. Buat suami, anak-anak dan seluruh keluarga arwah bersabarlah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dari Ilahi. Ameen.

Jika ternampak, tolong sampaikan pesanan ini. Harap maklum.

Berita penuh:
SUBANG JAYA - Kejam! Hanya itu yang dapat digambarkan apabila seorang pengawal keselamatan tergamak menembak mati pekerja wanita sebuah bank di USJ Sentral 2 sebelum melarikan sejumlah wang dari peti besi bank berkenaan, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.15 petang itu, mangsa bersama tiga pekerja bank wanita diiringi pengawal keselamatan terbabit untuk mengeluarkan wang daripada bilik kebal.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, suspek berusia 37 tahun itu melepaskan tembakan ketika dua pekerja wanita sedang membuka pintu peti besi berkenaan.

"Tembakan berkenaan mengenai wajah salah seorang pekerja, Norazita Abu Talib, 37, menyebabkan hampir separuh mukanya berkecai," katanya.

Menurutnya, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), suspek dipercayai bertindak sendirian.

Katanya, saksi mendakwa tiada sebarang percakapan antara suspek dan mangsa malah mangsa juga dikatakan tidak melawan.

Kejadian dilapor berlaku dalam tempoh seminit, suspek sempat mengaut sejumlah wang dan memasukkannya ke dalam beg sandang yang ada bersamanya.

"Suspek yang menggunakan senjata ‘pump-gun’ kemudian keluar melalui pintu depan bank dan melarikan diri dipercayai menaiki sebuah motosikal," katanya.

Abdul Rahim berkata, suspek yang berkhidmat dengan syarikat kawalan keselamatan itu sejak setahun lalu biasanya bertugas di bank bersebelahan, namun semalam menggantikan rakan setugas di bank terbabit.

"Polis dalam proses memastikan identiti suspek kerana kad pengenalan dirinya didapati tidak wujud dalam rekod.

“Rakaman CCTV premis bersebelahan juga akan dilihat semula untuk siasatan,” katanya sambil memberitahu kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Justeru, polis meminta bantuan orang ramai mengesan suspek yang masih bebas bersama senjata api digunakan dalam kejadian itu. [sumber]

Kate Middleton main bola tampar selepas habis pantang

Beruntung sungguh jika habis pantang, badan kita kembali 'selim melim', kan? Adapun kita rakyat marhaen ni tiadalah siapa peduli jika kau gempal atau sudah langsing selepas melahirkan ada. Jika seseorang itu selebriti, maka kagumlah seantero dunia atau 1Malaysia ini:)

Teringat pada Aisywarya Rai yang dikatakan puas bersusah payah untuk kembali ke bentuk badan yang asal. Malah ada sosek sosek media yang mengutuknya kerana tak berjaya menguruskan badan. Nak buat macam mana, figura terkenal pastilah ada yang memberikan perhatian berat. Begitu jugalah dengan Duchess of Cambridge Kate Middleton. 

Selepas melahirkan Prince George, Kate berjaya langsing seperti sediakala. Salah satu petuanya ialah menyusukan anak dengan susu badan sendiri. Walaupun dikatanya mengalami kemurungan semasa tempoh berpantang, kini beliau sudah kembali ceria bila dilihat membuat beberapa lawatan rasmi. Di antaranya melawat Queen Elizabeth Olympic Park. Di sana beliau sempat bermain bola tampar. Aduh, kalau kita di sini pasti dimarahi oleh mak-mak. Kita dilarang angkat yang berat-berat, apatah lagi hendak melompat. 

The Duchess of Cambridge, Patron of SportsAid, plays voleyball in a SportsAid Athlete Workshop at the Copper Box, in the Queen Elizabeth Olympic Park. Picture: Isabel Infantes

Wordless Wednesday: Ekspo Buku Islam Selangor 2013



Lagi mayat budak perempuan di dalam beg

Bila membaca tajuk beita mengenai penemuan mayat budak perempuan di dalam beg, saya teringat allahyarham adik Nurin Jazlin. Sedih pula pagi-pagi ini. Namun mayat itu dipercayai ialah remaja bernama Ng Yuk Tim yang dilaporkan hilang sejak keluar rumah pagi Isnin. Takziah buat keluarga mendiang.

Mayat Budak Perempuan Ditemui Disumbat Dalam Beg Pakaian
Mayat seorang budak perempuan dipercayai, Ng Yuk Tim ditemui disumbat dalam sebuah beg pakaian di Jalan Kebun Nenas Shah Alam pada 10 malam Selasa. - Foto M. Azhar Arif/The Star.

Terlanjur kata

Pernah tak korang berada dalam situasi hendak membantu orang tak kiralah adik beradik ke, saudara, kawan, jiran dan sesiapa je. Di mana korang berjanji (atau tak janji tapi sekadar bercakap) hendak membantu walau apa jua masalahnya termasuk kalau susah sangat terdesak tak de duit bagilah tahu, korang sanggup membantu. Kasihan pada orang itu.
Mula-mula ok. Seikhlas hati.

Separuh jalan, hati mula dihasut dengan gusar dan tak suka.

Lama-lama macam menyesal tapi apa nak buat, dah terlanjur kata.

Asal niat memang ikhlas. Bila diduga orang itu meminta-minta lebih dari sekali mula hati ini jadi dah ikhlas. Mulut ringan aja nak mengadu pada orang lain. Akhirnya jadi mengumpat pula. Pada hal maksud hanya hendak mengadu...

Dalam hal memberi nasihat, mulanya dia macam nak berubah. Lepas tu, 2-3 kali beri nasihat dia macam selesa pulak dalam keadaan susah itu. Tak nak berubah. Kita yang menasihati mula rasa bosan.

Menjadikan diri sebagai kaunselor tidak bertauliah juga cabaran bila acap pula orang itu datang mengadu sehingga kita terasa masa senggang kita terganggu. Seandainya bertauliah tak mengapalah juga. Orang sudah pasti datang dengan temujanji dan masa tersebut berbayar!

Aduhai cabaran dalam nak berbuat kebajikan. Diri ini akan dialasi dengan bermacam alasan:

"aku pun susah jugak"

"aku pun ada masalah jugak"

"kalau aku kaya tak pelah jugak"

"aku macam kena ambil kesempatan je ni.." (wasangka buruk)

Bihun tak halal lah pulak...

Hari ni saya menerima mesej dari adikku  di whassap grup famili kami. Ia berkenaan tentang bihun yang kononnya dibuat di kilang yang sama dengan tempat menternak khinzir. Info yang difoward dan disebar dari laman Facebook mungkin sudah sedia maklum oleh semua orang. 

Namun, tanpa mahu mempercayai 100% berita tersebut yang kononnya sudah tersiar di berita tv3, saya mencari di laman Jakim sendiri. Kesahihannya anda pastikan sendiri menerusi gambar di bawah. Bandingkan dengan info yang anda terima. Biasakan mencari kebenaran sahih sebelum menerima sesuatu cerita yang tersebar meluas. Setuju?

Murtad kalau tengok gereja

Seorang kenalan saya seorang physco therapist memberitahu, ada seorang pesakitnya menghidap OCD,  di mana ia tidak boleh melihat gereja atau sebarang gambar menyerupainya. Kalau sebut gereja, pastilah ia mempunyai simbol salib kan? OCD atau Obsessive-compulsive disorder  merupakan penyakit kembimbangan akibat kecelaruan fikiran. 
Obsessive-compulsive disorder (OCD) is an anxiety disorder characterized by intrusive thoughts that produce uneasiness, apprehension, fear, or worry; by repetitive behaviors aimed at reducing the associated anxiety; or by a combination of such obsessions and compulsions. Symptoms of the disorder include excessive washing or cleaning; repeated checking; extreme hoarding; preoccupation with sexual, violent or religious thoughts;relationship-related obsessions; aversion to particular numbers; and nervous rituals, such as opening and closing a door a certain number of times before entering or leaving a room. These symptoms can be alienating and time-consuming, and often cause severe emotional and financial distress. The acts of those who have OCD may appear paranoid and potentially psychotic. However, OCD sufferers generally recognize their obsessions and compulsions as irrational and may become further distressed by this realization.
Obsessive–compulsive disorder affects children and adolescents, as well as adults. Roughly one third to one half of adults with OCD report a childhood onset of the disorder, suggesting the continuum of anxiety disorders across the life span.  [read more]
Pesakit OCD tersebut, jika sekiranya dia melihat gereja (depan mata, majalah, buku, tv,dll) dia berasa dirinya sudah terkeluar dari Islam. Maka dia akan melakukan solat taubat dan mengucap kalimah syahadah bagi kembali menjadi seorang Islam. Hal ini berlaku berulang kali dan menyebabkan dia pergi mencari rawatan.

Ini mungkin pada asalnya, salah satu sebab berkaitan dengan apa yang diceritakan oleh Hilal Asyraf di laman Facebooknya tentang paranoia. Beliau memberitahu, novel tulisannya Hero pernah menjadi mangsa paranoia pembaca apabila mengatakan gambar menara yang terdapat pada novel tersebut menyamai simbol salib. Apabila diamati tulisan huruf 't' ('T' kecil) menjadi punca kerana dikatakan menyamai simbol salib.

Pada saya, sikap paranoid yang keterlaluan seseorang sehingga menjadi obses dan melakukan berulang-ulang akan menyebabkan akhirnya mereka mengidap OCD. OCD boleh berpunca akibat pengaruh sekitar yang dipupuk sedikit-sedikit sehingga akhirnya menjadi kembimbangan yang melampau. Jika anda mempunyai tanda-tanda kembimbangan, ketakutan, atau risau yhang melampau terhadap sesuatu elok dielakkan dan mencegah dari sekarang. Dikhuatiri jika tidak dicegah, anda akan melakukannya berulang-ulang sehingga melampaui melakukannya dari yang kebiasaan dilakukan oleh orang normal. Jika tidak boleh mengatasinya sendirian, segeralah berjumpa pakar.

OCD ada bermacam jenis. Ada yang risaukan keselamatan anak sehingga tidak membenarkan ia dijaga oleh orang lain, risau sama ada rumah sudah berkunci, gas dapur sudah tutup atau belum, bimbang dijangkiti penyakit hingga setiap hari melakukan ujian darah dan was-was dalam ibadah.

Berikut petikan tulisan Hilal:

"Apa dosa Mat Yo pada awak?"

Soalan pada tajuk itu sangat menyentap hati saya. Ia ditanya oleh suamiku beberapa hari lalu ketika kami berborak pasal keputusan perlawanan Malaysia lawan Bahrain pada perlawanan pertama kelayakan Piala Asia. Dalam perlawanan tersebut, Malaysia seri 1-1 dengan Bahrain. 

Mengejutkan juga kerana saya sangka kita pasti akan kalah kepada pasukan Bahrain. Jadi, jaringan Mat Yo atau Nur Shahrul dikira menyelamatkan maruah Malaysia dan masih ada peluang untuk menang di Bahrain pada pusingan kedua. Harap-harap. Ya, harapan masih ada selagi wisel penamat belum berbunyi.

Berbalik pada cerita...

Suamiku bertanya, " Siapa score?"

"Emm menyampah." Jawab saya acuh tak acuh.


Terus dia boleh meneka siapa penjaring gol tunggal Malaysia tersebut.

"Siapa? Nur Shahrul ke?" Ha, nama betul pulak dia sebut tu. Hehe... Sambil mimik muka saya mengiyakan. 

"Nasib baik, dia tak buat aksi jelir tu," kata saya sambil beraksi tak puas hati. Suami gelak sambil cakap,

"Laaa, awak ni, apalah dosa dia pada awak?" terus saya sentap. 

Ya, memang Mat Yo tak salah apa-apa pun terhadap saya. Cuma kontroversi yang lepas tu sedikit 'mengusik' hati ini. Saya yakin, kejadian itu turut menyentuh hati semua rakyat Malaysia. Malah turut mendapat komen beberapa tokoh terrnama. Apapun, saya tak de lah mengumpat atau memaki dan mengeluar kata-kata tak elok pada dia suami isteri. Hanya tak puas dalam hati dan simpan dalam hati. Bila suamiku bertanya, automatik keluarlah aksi tak puas hati itu...

Sentap? Ya, mungkin saya yang berdosa sebenarnya sebab marah/kutuk dalam hati. Huk...huk...Inilah akibatnya banyak membaca komen negatif, jadi kita dapat input negatif. Bak kata Prof Muhaya, banyak keladak. Keladak tak keladak dalam hati/diri kita boleh dilihat pada apa kita lihat, baca, dengar... Input negatif melahirkan output negatif... 

Banyakkan zikir dan selawat!



Gereja dilarang menggunakan perkataan 'ALLAH'


PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan sebentar tadi memutuskan Gereja Katolik dilarang menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan akhbar mingguannya - The Herald.
Keputusan itu dibuat tiga hakim yang diketuai Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Mohamed Apandi Ali.
Panel tiga hakim itu turut dianggotai Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abdul Aziz Abd Rahim dan Datuk Mohd Zawawi Salleh.
Pada 16 Februari, 2010, gereja itu memfailkan permohonan semakan kehakimanmenamakan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan sebagai responden, menuntutantara lain, perisytiharan bahawa keputusan kementerian melarang penggunaan kalimah 'Allah' dalam penerbitan The Herald adalah tidak sah.
Penerbitan mingguan itu yang diterbitkan dalam empat bahasa, telah menggunakan kalimah 'Allah' untuk merujuk kepada "Tuhan" dalam edisi bahasa Malaysia, khusus untuk penduduk di Sabah dan Sarawak.
Pada 31 Disember 2009, Mahkamah Tinggi mengisytiharkan keputusan KementerianDalam Negeri melarang The Herald menggunakan kalimah itu adalah salah di sisiundang-undang, tidak sah dan batal.
Kerajaan kemudian membawa kes itu ke Mahkamah Rayuan. [sumber]

...الحمد لله‎الحمد لله‎

Peraduan Filem Seram

Info lanjut kat sini. Nak jawab soalan di sini

Sedikit sinopsis filem Ghastly:

Synopsis
Seo-Ni (Han Eun-Jung) raises an orphan named Bin. Seo-Ni then becomes involved in a horrifying mystery and discovers a shocking secret. 
It all begins when Ka-hee (Hwang Ji-hyeon), an emotionally and psychologically damaged woman, finds a spirit medium to help her address her troubles. Her inability to give birth to a child had long tortured her, and now she will do anything to cheat that fate. 
She ends up burying an orphan in a large traditional pot used to burry kimchi underground during the winter and killing him. What she gains for this merciless act is a child of her own. Ka-hee eventually gives birth to a son she names Bin, but Ka-hee soon meets a brutal death.



Aeril Zafrel & Wawa Zainal sah suami isteri

Selepas main tarik tali dengan wartawan, akhirnya kedua pelakon ini mengaku juga sebagai suami isteri. Mmm...artis memang tak boleh lari dan menyorok kisah hidup dan peribadi mereka. Sampai ke lubang cacing wartawan ni kejar. Yang tak bestnya, menipu para peminat. Mati-mati mempertahankan penipuan itu.

Selepas ni boleh lah tayang anak mereka yang bernama Ahmad Fakharuddin Attar tu ye. Mesti comel macam Wawa. Walaupun marah, mesti peminjat tak sabar juga nak tengok foto mereka sekeluarga.

Tahniah. Terima kasih sebab mengaku dan tidak meneruskan penipuan :)

Ya, saya dan Wawa sudah bernikah. Kami bernikah di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya. Jadi, status anak saya yang dihebohkan selama ini sudah terjawab,” katanya kepada pemberita dalam satu majlis yang diadakan di sebuah restoran di Neo Damansara, di sini petang Jumaat.


 

Gelagat anak kecil main 'nyorok-nyorok'

Main nyorok-nyorok, atau menyorok atau dalam bahasa Inggerisnya hide and seek merupakan permainan popular bagi kita dulu kala. Zaman kanak-kanak kita lebih tertumpu kepada aktiviti luar rumah yang penuh eksplorasi dan menyeronokkan. Menyorok belakang rumah, belakang tangga, tepi reban ayam, atas pokok dan lain-lain. Boleh kata pusing satu kampung lah mencari. Sebab itu, kalau main menyorok di petang hari, orang tua akan marah. Mereka suruh balik rumah cepat-cepat. Takut jauh menyorok, nanti kena sorok dengan hantu. Hari ini, anak-anak main menyorok dalam rumah sahaja.

Bila anak-anak kita main menyorok, adakala membuat kita tertawa geli hati. Mana taknya belum habis kira dah pergi mencari. Sebab apa kira cepat? Sebab dia kira tak betul. Melangkau. Bila orang dah cari, siap kata dia tak de dekat situ. Sah sah lah senang dijumpai. Sebab badan mereka kecil, bawah tudung saji pun boleh menyorok. 

Kalau dah besar sikit macam usia anak-anak saya yang sudah bersekolah rendah, main menyorok bikin saya membebel-bebel. Mana taknya, menyorok dalam almari, di belakang penyidai baju dan bawah gebar. Emm bayangkan. Habis berselerak rumah. Kemasnya nanti ikut dan mereka aja. Pening kepala. Kalau adik kira tak betul, atau abang kena jumpa awal mesti ada yang tak puas hati lalu bergaduh. Adoi...Kalau tak percaya tengok kat sini.

Jom layan komik.