Rangkuman: Tahun baru nan indah

Sekolah baru..
Tahun baru 2010 sudah melapangkan tirai jendelanya...Alhamdulillah meningkat setahun lagi umur kita dan masih dipinjamkan Allah usia untuk berkelana di dunia fana ini. Tahun ini genap 7tahun dan 5tahun usia Muhammad Luqman dan Muhammad Almustofa. Masing-masing telah pun memulakan alam persekolahan yang baru di sekolah masing-masing. Terasa sibuknya kali ini melayan karenah mereka untuk ke sekolah dan terkial-kial jugalah aku nak menjadualkan diri dengan suasana baru ini.Alhamdulillah sangat-sangat kerana hubby ada di sisi dan dapat membantu menguruskan anak-anak dan persekolahan mereka.Terima kasih Abang..kalau dibuatnya dia kena travel huh pengsanlah aku sengsorang...
SK Setiawangsa
Tadika Ummu Ain

Orang baru
Alhamdulillah setelah menanti lebih setahun untuk bercahayamata, kedua biras saya telah mengandung. Jelas keceriaan di wajah keduanya kerana bakal bergelar ibu akhirnya. Memandangkan setakat ini cucu nenek dan aki 1/9 sahaja ialah perempuan, kami berharap akan lahirlah puteri menyeri keluarga. Setakat ini anak Kak Amah, Nurul Izzati bertahan sebagai satu-satunya heroin dalam keluarga Hj.Daud. Bagaimanapun bagi kedua bakal ibu, masing-masing tidak kisah pun mana-mana jantina dilahirkan.Melahirkan anak dengan selamat dan sihat menjadi impian utama.Sedikit pengalaman lalu saya ceritakan sebagai panduan keduanya.

Adik ipar baru
Beberapa hari lagi adik aku Mamat aka Nurul Faies akan naik pelamin bersama pilihan hatinya Lily Haryati di Muar. Insya Allah Ahad ini akad akan disahkan dan menyatukan 2 hati yang bertunangan hampir 2 tahun ini.Kalau ada yang masih ingat, Mamat ialah adik lelaki saya yang pernah saya ceritakan di dalam posting saya tentang kemalangan yang menimpanya pertengahan tahun lepas.Kalau dikenang kembali saat-saat sedih itu, memang tidak menyangka rahmat dan ihsan Allah Taala berikan itu bakal diganti dengan kegembiraan pada 10hb Januari ini.Satu tarikh yang cantik 100110...semoga hari bersejarah ini menjadi kenyataan dan berjalan lancar dengan redha Ilahi.

Saudara baru
Majlis jemput menantu disebelah Raub bakal diadakan 6hb Feb nanti.Insya Allah. Dan dijadualkan 2 pasang pengantin akan naik pelamin sekaligus.Keduanya adik lelaki saya dan 2 itulah aje hero dalam keluarga kami.Adik kepada Mamat, Taufik memilih seorang saudara baru sebagai bakal isterinya. Alhamdulillah berat tanggungjawab yang harus digalasnya sebagai seorang suami.Bukan sahaja untuk mengemudi rumahtangga bahkan mendidik seorang saudara baru ke jalan Islam seperti yang dituntut oleh Allah Taala.

Penangan drama Nur Kasih di tv3 nampaknya memberi tempias kepada realiti hidup ini. Taufik memilih nama Nur Amina sebagai nama baru kepada Joyce seorang gadis berketurunan Iban berasal dari Sarawak. Alhamdulillah dan tahniah buat Nur Amina! Semoga hidayah Allah menyinari hidupnya sebagai seorang muslim.